Masjid Kobe selepas pengeboman atom oleh Amerika Syarikat
Dan Jepun pun kalah. Dua kotanya, Nagasaki dan Hiroshima dibom Atom
oleh Amerika. Ketika itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima
akibatnya. Boleh dikatakan Kobe menjadi rata dengan tanah.
Ketika bangunan di sekitarnya hampir rata dengan tanah, Masjid Muslim
Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada
dinding luar dan semua kaca tingkapnya pecah. Bahagian luar masjid
menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang
berlindung di bawah masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan
senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi
tempat pelarian mangsa perang.
Pemerintah Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana pengubahsuaian dalam
jumlah yang besar.
Kaca-kaca tingkap yang pecah diganti dengan
kaca-kaca jendela baru yang didatangkan secara langsung dari Jerman.
Sebuah lampu hiasan baru digantungkan di tengah ruangan solat utama.
Sistem pengatur suhu bilik lalu dipasang di masjid ini.
Sekolah yang hancur akibat perang kembali diubahsuai dan beberapa
bangunan tambahan pun mula dibina. Umat Islam kembali menikmati
kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Muslim Kobe.
Krisis kewangan sering menghampiri kas jawatankuasa masjid. Cukai
bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid perlu mengeluarkan
cukup banyak bayaran dari simpanannya.Ramai penderma yang bersedia
memberikan bantuan untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan
pengubahsuaian masjid ini. Sumbangan tetap boleh membuat Masjid Muslim
Kobe menjadi semakin berkembang.
Kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan Gempa Bumi paling dahsyat
tahun 1995. Tepat pada pukul 05.46 Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini
sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya
seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lainnya.
Para ilmuan menyatakan bahawa gempa itu disebabkan oleh tiga buah
plat yang saling bertembung, iaitu plat Filipina, plat Pasifik, dan plat
Eurasia. Meskipun hanya berlaku 20 saat, namun gempa ini memakan nyawa
sebanyak 6433 orang, yang sebahagian besar merupakan penduduk bandar
Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar bandar
seluas 20 km dari pusat gempa.
Gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun
sejak gempa bumi besar Kanto 1923 yang menelan mangsa 140,000 orang.
Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan
tidak tergoyah walaupun dilanda pelbagai bencana. Semoga dakwah Islam di
Jepun sekuat masjid ini.
Masjid Kobe hari ini
sumber: halimislam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan