Khamis, 7 Mac 2013

Universiti Dalam Bukit Di Seoul

Ketika mahasiswa kita sebok mengoccupy dataran dan memohon pinjaman PTPTN dimansuhkan ada baiknya kita melihat sebuah universiti di Korea Selatan. Kenapa ada eloknya? Kerana universiti di Malaysia kebanyakkannya tak cantik. Maaf cakap tapi universiti paling cantik di Malaysia ialah Universiti Teknologi Petronas. Uni lain nampak macam sekolah vokasional di mata elitis bekas pelajar UNIPET. Hurr hurrr..

Ewha Womans University (yes Womans.. ini bukan typo) ialah sebuah uni yang unik pada pandangan aku. Ia mungkin tak ada UFO rekaan Lord Norman Foster macam UTP tetapi ianya masih unik kerana dibina didalam bukit. Ewha Womans University mula dibuka pada tahun 1886. Di Korea Selatan EWU dikategorikan sebagai sebuah IPTS. Sungguhpun IPTS EWU berada didalam ranking top 5 uni disana. Bangunan baru universiti ini dibina dalam sebuah bukit yang berada didalam kawasan kampus. Instead of membina bangunan tinggi they built the building downwards. Hasilnya ialah sebuah uni yang unik dan masih mempunyai ruang hijau mesra alam. Awesome!












Laporan asal InHabitat/blogseriusblogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...