AMALAN yang menghidupkan Ramadan
ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan
adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang
paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika
Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat
Bukhari)
Membaca al-Quran
Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.
Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, “Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”
Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.
Qiamullail
Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”
(Hadis riwayat Bukhari)
Solat tarawih
Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada
Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian,
umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat,
sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.
Mengerjakan umrah
Zakat fitrah
http://epondok.wordpress.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan