Sabtu, 3 Ogos 2013

Berhati-Hati Jika Ingin Membeli Daging Import Di Pasaraya

Berhati-Hati Jika Ingin Membeli Daging Import Di Pasaraya. Selepas seluruh Eropah gempar dengan skandal daging kuda sepanjang minggu ini

Berhati-Hati Jika Ingin Membeli Daging Import Di Pasaraya. Mengapakah? | Selepas seluruh Eropah gempar dengan skandal daging kuda sepanjang minggu ini, pihak berkuasa United Kingdom (UK) semalam mendedahkan keputusan ujian DNA ke atas produk daging lembu mereka selepas menyerbu tiga firma makanan.
 
 
Menurut Agensi Piawaian Makanan UK, daripada 2,501 ujian yang dijalankan ke atas produk daging lembu semalam, 2,472 daripadanya didapati tiada kandungan daging kuda.
 
Laporan BBC menyebut sebanyak 29 ujian didapati positif melibatkan tujuh produk yang dijual oleh pembekal. Menurut agensi itu lagi, sebanyak 962 ujian akan dijalankan lagi manakala 10,000 produk akan kekal diuji.
 
Produk daging lembu yang menjalani ujian termasuklah makanan sejuk beku dari pasar raya gergasi Tesco, Aldi and The Co-operative termasuk daging lembu yang dikeluarkan oleh pembekal Rangeland. Sebanyak 15 ujian didapati positif mengandungi daging kuda dalam produk lasagna iaitu antara produk yang mencetuskan kontroversi sejak minggu lalu.
 
Pengarah Teknikal Tesco, Jim Smith berkata yang mereka tidak akan lagi bekerjasama dengan pembekal yang menjatuhkan standard mereka. Siasatan kini masih lagi diteruskan dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan tangkapan akan dibuat.
 
Sepanjang minggu lalu, daging kuda didapati bercampur dengan produk daging lembu ditemui dalam pelbagai produk dan dijual meluas di negara-negara Eropah termasuk UK, Perancis, Sweden, Switzerland, Jerman dan Ireland.
fuh.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...