Secara logiknya sebuah kapal terbang
memerlukan sayap untuk terbang. Tanpa sayap pastinya mustahil untuk
sebuah kapal terbang meluncur melawan graviti. Tetapi tahukah anda ada
beberapa pesawat di dunia yang boleh terbang tanpa mempunyai sayap.
Martin Marietta X-24A ialah kapal terbang yang tidak mempunyai sayap.
Well that is not really true. X24A mempunyai sayap tidak konvensional.
Badan X-24A berfungsi sebagai pesawat. Rekaan badan sebegini dipanggil
lifting body. Bentuk badan X-24 ialah aerofoil dan mampu menghasilkan
daya apungan seperti sayap konvensional.
X-24A ialah salah sebuah dari beberapa kapal terbang yang dibina bagi
menguji rekaan paling baik untuk shuttle angkasa NASA. Ianya dibina pada
tahun 1969 dan digunakan sehingga 1975. Sepanjang tempoh eksperimen
X-24A dilancarkan dari sebuah pesawat pengebom B-52 sebelum meluncur
menggunakan sistem roket. Kelajuan maksimum yang berjaya dicapai ialah
1667 kilometer sejam. Kapal terbang tanpa sayap ini kini boleh dilihat
di National Museum of the United States Air Force Ohio.
Laporan asal The Brigade/ pen patah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan