Warna merah jambu atau pun pink begitu sinonim dengan anak
perempuan. Jika ada bayi perempuan lahir, maka semua aksesorinya diberi
warna pink. Kalau lelaki, maka warnanya biru. Andai ada lelaki pakai
baju pink, maka akan diejek, “Ah! jambu betul kau ni, macam pondan!”.
Mengapa warna pink dikaitkan dengan perempuan? Pakar psikologi daripada University of Newcastle dalam jurnal Current Biology memaparkan sebab musabab ilmiahnya.
Dipimpin oleh Dr Anya Hurlbert, pasukan ini melakukan ujikaji
terhadap 200 orang lelaki dan perempuan berusia 20-an. Majoriti
perempuannya menjawab bahawa mereka suka warna gabungan biru dan merah,
tapi benci warna hijau dan kuning. Mereka terdiri dari dua jenis bangsa
berbeza, Inggeris dan China. Ternyata selera warna tidak dipengaruhi
oleh budaya etnik, melainkan faktor biologi.
Buah Matang
“Evolusi menyebabkan perempuan menyukai warna kemerahan. Mereka
cenderung memilih buah warna merah, wajah kemerahan. Budaya juga memberi
impak yang di dalamnya, “ kata Dr Hurlbert. Boleh jadi ini akibat
peranan kaum wanita sejak dulu adalah memilih bahan makanan untuk
keluarga. Kebiasaan turun temurun untuk mencari buah matang yang begitu
identikal dengan warna merah, menyebabkan sampai saat ini “anak cucu” Hawa itu meyukai warna merah atau kemerahan.
Sedangkan
lelaki cenderung suka warna biru sebab memang tugas mereka sejak lama
adalah mencari sumber air bagi keluarga atau sukunya. Warna biru
dikatakan lebih identikal dengan sumber air yang baik, boleh diambil.
Mereka juga menganggap bahawa langit biru cerah adalah petanda cuaca
yang bagus untuk memburu.
Kajian ini mencetuskan Yazhu Ling, rakan Hulbert, untuk mengadakan penyelidikan lanjutan. Ia akan melakukan kajian pada anak-anak dan menyelidik hubungan antara pilihan warna dan tahap kemurungan mereka.
panduan percuma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan