Masjid Cologne Central yang kini dalam pembinanaan dikatakan bakal menjadi salah sebuah masjid terbesar di Eropah.
Dibina dan diuruskan oleh Organisasi Muslim Jerman, ia akan menjadi masjid utama (central mosque) di daerah Cologne, Jerman.
Namun, masjid tersebut dilanda kontroversi apabila ada pihak yang menentang pembinaan masjid tersebut.
Pihak yang mewakili Pro-Cologne telah
menentang pembinaan masjid tersebut kerana dikatakan ia akan memberi
kesesakan yang teruk di bandaraya tersebut.
Mereka merasakan pembinaan masjid
tersebut seperti mewujudkan peperangan kerana mereka mengisyhtiharkan
bandaraya Cologe adalah bandaraya Kristian.
Namun, tentangan tersebut tidak berpanjangan.
Ahli Majlis Bandaraya Cologne yang bermesyuarat pada 28 Ogos 2008 telah meluluskan pembinaan masjid tersebut.
Menerapkan nilai senibina zaman Ottoman, masjid itu bakal mempunyai dinding kaca, dua menara setinggi 55 meter dan kubah kaca.
Bukan itu sahaja, masjid itu turut
mempunyai ruang niaga (bazar) di tingkat bawah, beberapa buah dewan
kuliah di tingkat bawah tanah.
Ditingkat atas dilengkapi dengan ruangan solat serta sebuah perpustakaan.
Berkeluasan seluas 48,000 kaki persegi, kos pembinaan masjid tersebut mencecah £15–20 juta.
Dana pembiayaan masjid itu ditanggung
bersama oleh Diyanet Isleri Turk Islam Birligi (DITIB), agensi
penguatkuasa agama kerajaan Turki, pinjaman bank, serta sumbangan
daripada 884 persatuan Muslim.
Gereja Katolik St Theodore, Cologne turut mengutip derma untuk pembiayaan masjid tersebut.
Arkitek masjid tersebut, Paul Bohm adalah salah seorang pakar arkitek gereja di negara itu.
Sebuah terowong akan dibina di
tengah-tengah masjid itu untuk menyambungkan dua tingkat sekaligus
mewujudkan suasana yang tenang.
Sumber: Beautifulmosque.com
mynewshub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan