Hari
semakin senja, burung-burung berterbangan pulang ke sarang dihiasi
dengan alam yang penuh kedamaian. Subhanallah, kerana kita masih dapat
menjalani kehidupan pada hari ini. Masing-masingnya mempunyai kenangan
manis untuk disimpan sebagai kenangan. Masa terus berlalu seperti
desiran angin yang menghembus ke pantai.
Dalam
keriuhan pasti ada kesunyian kerana manusia kadangkalanya memerlukan
ketenangan untuk mengabdikan diri kepada Maha Pencipta, di samping
menyelongkar apakah rahsia dan hikmah disebalik kejadianNya. Sememangnya
sesuatu yang indah itu sentiasa pudar dipandangan mata kerana manusia
lebih gemar akan perhiasan dunia yang sebenarnya tidak mampu menyinari
cahaya di alam kubur kelak.
Diri tidak pernah keseorangan
Tatkala
diri keseorangan pasti kita berfikir pelbagai perkara sehingga
imaginasi kita terbawa-bawa ke alam itu. Apa yang kita fikirkan
sebenarnya? Adakah fantasi itu membawa kebaikan untuk kita atau
menjarakkan lagi hubungan kita kepada Allah. Kadangkala terlalu
memikirkan perkara tersebut menyebabkan hati murung dalam kesedihan.
Menangis seperti kehilangan akal seketika. Sedangkan perkara yang kita
fikirkan itu bukanlah suatu yang tragis untu ditangisi.
Bukankah dalam keseorangan itu Allah sentiasa bersama kita?
Allah
Maha Mengetahui apa yang terdetik di dalam hati. Serahkan segala urusan
kita kepada Allah kerana apa yang baik dan buruk sesuatu perkara itu
adalah bergantung bagaimana kita bertindak dan mengkoordinasikan niat
kita berlandaskan hukum yang telah disyariatkan. Allah adalah saksi utama di sepanjang kehidupan kita.
Lupakah kita dengan kewujudanNya sebagaimana adanya kita di dunia ini?
Lumrahnya,
kita merasa amat malu apabila berhadapan dengan manusia dari perbuatan
negatif sehingga segala “pekung di dada”. Terbongkar segala keaiban yang
tersembunyi dalam diri kita sendiri. Namun, kita sering terlepas
pandang bahawa sekujur tubuh ini sebenarnya sentiasa berhadapan dengan
Allah tidak kira di manapun kita berada. Segala tindak tanduk kita
diperlihatkan oleh Allah SWT.
i love islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan