Bila kita membicarakan mengenai acara lelongan, terbayang pelbagai
perkara di benak fikiran. Ada yang terbayang rumah atau kereta yang
ditarik dari pemiliknya angkara gagal membayar hutang maka terpaksalah
ia dilelong.
Gambar hiasan.
Ada yang membayangkan acara lelongan yang dijalankan oleh syarikat pelelong ternama seperti Christie, Sotheby's, Bonhams, Lyon & Turnbull: sekadar menyebut beberapa nama. Apabila melibatkan syarikat sebegini acara lelongan anjuran mereka selalunya melibatkan barangan mewah dan antik yang pastinya bernilai jutaan ringgit.
Kini dalam era teknologi maklumat urusan lelongan sudah menjadi semakin mudah, hanya masukkan gambar item yang mahu di jual ke dalam syarikat lelongan Internet, contoh mudahnya eBay atau mudah.my.
Itemnya pula dari sekecil-kecil barang yang murah harganya hinggalah kapal persiaran mewah bernilai ratusan juta dolar. Sebagai perbandingan, tiada perbezaan yang ketara antara lelongan dengan urus niaga lain.
Cuma ia melibatkan syarikat tertentu yang menjadi orang tengah dan
melibatkan sekelompok manusia yang akan membida pada harga tertinggi.
Namun ia menjadi lebih menarik bilamana melibatkan barangan mewah, antik
dan jarang ditemui.
Walau apa pun kisahnya lelongan sebegini adalah antara sebahagian daripada aktiviti ekonomi yang mampu menjana keuntungan lumayan jika kena pada tempat dan barangannya. Melihat kembali kepada sejarah panjang acara lelongan, berdasarkan rekod ia dikatakan telah wujud sekitar 500 tahun Sebelum Masihi.
Namun yang pasti golongan kaya akan terus mendapat faedah dari lelongan barangan mewah dan antik kerana hanya mereka yang mampu membelinya dan kemudian disimpan sehinggalah harganya naik berlipat kali ganda.
Seterusnya dinyatakan beberapa barangan yang dilihat pelik, mahal dan mungkin juga mempunyai nostalgianya yang tersendiri. Layan...
Walau apa pun kisahnya lelongan sebegini adalah antara sebahagian daripada aktiviti ekonomi yang mampu menjana keuntungan lumayan jika kena pada tempat dan barangannya. Melihat kembali kepada sejarah panjang acara lelongan, berdasarkan rekod ia dikatakan telah wujud sekitar 500 tahun Sebelum Masihi.
Namun yang pasti golongan kaya akan terus mendapat faedah dari lelongan barangan mewah dan antik kerana hanya mereka yang mampu membelinya dan kemudian disimpan sehinggalah harganya naik berlipat kali ganda.
Seterusnya dinyatakan beberapa barangan yang dilihat pelik, mahal dan mungkin juga mempunyai nostalgianya yang tersendiri. Layan...
Codex Leicester
Buku ini berkisar kepada kajian saintifik yang pernah dilakukan Leornado
da Vinci. Walaupun beliau banyak menulis nota kajian dalam pelbagai
buku namun buku ini paling berharga berdasarkan teori dan pemerhatian
beliau mengenai astronomi, jenis batu, fosil dan kajian mengenai cahaya
di cakerawala. Buku setebal 72 muka surat ini pernah dimiliki oleh
Thomas Coke yang juga Earl of Leicester pertama pada 1717. Pengasas
Microsoft, Bill Gates telah membeli buku ini pada 1994 pada harga
AS$30.8 juta (RM92.4 juta) menjadikan ia buku paling mahal di dunia.
Setiap tahun Bill Gates akan menayangkan buku ini di muzium yang berbeza
untuk memberi peluang kepada orang ramai melihat dan menilai buku ini.
Berlian Wittelsbach
Berlian biru seberat 35.56 karat telah dibeli pada harga AS$23.4 juta
(RM70.2 juta) pada 2008 di London oleh seorang lelaki bernama Lawrence
Graff. Berlian ini bukanlah paling besar di dunia tetapi tarikan
utamanya adalah kejernihan dan kilauan warna birunya begitu memukau.
Berlian ini dikatakan berasal dari kerajaan Golkonda di India namun
berdasarkan perkembangan terbaru berlian ini telah dipotong kepada tiga
bahagian menyebabkan ramai pengkaji sejarah kecewa kerana telah
kehilangan keasliannya.
Gaun Marilyn Monroe
Gaun berwarna putih gading yang dipakai aktres Marilyn Monroe dalam
filem The Seven Year Itch telah dijual pada harga AS$4.6 juta (RM13.8
juta) dalam satu acara lelongan kostum Hollywood. Gaun tersebut yang
memaparkan aksi gaun terangkat ditiup angin merupakan rekaan William
Travilla dan dikumpul sebelum dijual oleh Debbie Reynolds yang juga
seorang pelakon veteran.
Painting No. 5
Lukisan bertajuk No. 5, yang dilukis pada 1948 oleh Jackson Pollock
telah dinobatkan sebagai lukisan termahal dunia dalam satu acara
lelongan pada 2006 dengan harga AS$140 juta (RM420 juta). Lukisan itu
bersandarkan kepada teknik splattered paint dengan ukuran lapan kaki
lebar dan empat kaki panjang hanya dilengkapi beberapa warna menjadikan
ia kelihatan seperti sebuah sarang burung. Pemiliknya sekarang masih
menjadi rahsia namun desas-desus mengatakan ia kini dimiliki David
Martinez, yang memiliki syarikat Fintech Advisory Ltd.
The Walking Man
Arca termahal dunia yang diberi nama L’Homme qui marche I atau The
Walking Man merupakan arca termahal dunia dengan harga 58 pound. Arca
tersebut dicipta oleh Alberto Giacometti pada 1961. Arca bersaiz manusia
ini mempunyai ukuran 183 sentimeter digelar sebagai ‘imej rendah diri
manusia biasa’ telah dijual pada 2010 oleh syarikat lelongan Sotheby di
London dan kini ia menjadi milik balu ahli perbankan ternama dari
Lebanon, Lily Safra.
Badminton Cabinet
Mungkin agak pelik namanya namun ia merupakan almari termahal di dunia.
Duke of Beaufort, Henry Scudam yang hidup dari 1707 hingga 1745 telah
mengarahkan pembinaan almari ini ketika berusia 19 tahun. Almari ini
diperbuat dari kayu ebony dan dilengkapi puluhan batu permata bernilai
dan ia diperbuat di Florence, Itali. Almari ini merupakan antara karya
paling dihargai di dunia dengan ketinggian 386 sentimeter dan lebar
232.5 sentimeter. Ia kini dimiliki oleh Hans-Adam II, yang juga Putera
Raja Liechtenstein pada 2004 pada harga AS$35 (RM105 juta). Ia mendapat
nama dari bangunan Badminton House di Gloucestershire, England.
1936 Bugatti 57SC Atlantic
Kereta klasik keluaran 1936 telah mencatat sejarah sebagai kereta paling
mahal di dunia. Kereta tersebut yang dimiliki oleh ahli keluarga
mendiang Dr. Peter Williamson sebelum dijual kepada Muzium Automatif
Mullin yang berpengkalan di Oxnard, California dalam satu lelongan
melalui firma lelongan Gooding & Company. Sehingga kini hanya
terdapat dua kereta jenis berkenaan, salah satunya dimiliki oleh pereka
fesyen terkenal, Ralph Lauren. Harga sebenar penjualan kereta berkenaan
tidak didedahkan. Namun menurut sumber kereta tersebut dijual pada harga
antara AS$30 juta (RM96 juta) hingga AS$40 juta (RM 128 juta).
Eileen Gray Dragon Chair
Direka oleh seorang pereka Ireland, Eileen Gray yang turut diiktiraf
sebagai antara pengasas gerakan moden dalam senibina. Kerusi ini pernah
dimiliki oleh pereka terkenal Yves Saint Laurent
Namun pada 2009, dalam satu lelongan oleh rumah lelongan Christie di Paris, kerusi ini telah dilelong pada harga AS$28 juta (RM84 juta) menjadikannya kerusi termahal dunia.
Namun pada 2009, dalam satu lelongan oleh rumah lelongan Christie di Paris, kerusi ini telah dilelong pada harga AS$28 juta (RM84 juta) menjadikannya kerusi termahal dunia.
1794 American Silver Dollar
Duit syiling termahal dunia ini telah dijual pada harga AS$7.85 juta (RM23.5 juta). Duit syiling satu dolar ini merupakan antara yang paling sukar ditemui dan unik berbanding syiling lain kerana ia menampilkan gambar seorang lelaki berambut panjang. Duit syiling ini telah dibeli oleh The Cardinal Collection Educational Foundation of California dan ia telah dipamerkan di pelbagai muzium di seluruh dunia.
Ex-Vieuxtemps Violin
Alat muzik ini merupakan yang termahal di dunia dan direka oleh Giuseppe Guarneri yang juga pereka biola termasyhur dunia sebelum dibeli komposer Belgium, Henri Vieuxtemps. Pada 2008 biola ini telah dibeli oleh seorang peguam dan pemuzik Rusia, Maxim Viktorov pada harga AS $3.9 juta (RM11.7 juta).
Tambahan:
Treskilling Yellow
Pada 1855 kerajaan Sweden telah melancarkan setem pertama yang hanya dikeluarkan sebanyak lima keping. Pada 1886 hanya satu setem ini ditemui menjadikan ia sebagai antara barang paling berharga di dunia. Setem ini telah banyak kali berpindah tangan dan pada 2010 ia telah dilelong pada harga yang tidak dinyatakan.
Pemiliknya kini hanya dinyatakan sebagai sebuah konsortium antarabangsa dan pemilik sebelumnya adalah sebuah syarikat kewangan yang berhadapan dengan masalah kewangan dan ia terpaksa dijual untuk melangsaikan hutang. Malah semua pembida dan mereka yang terlibat telah diarah untuk mengangkat sumpah bagi merahsiakan semua urusniaga yang berlaku.
http://wakluuu.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan