Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah
pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari
pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia
penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin
agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun,
ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola
Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol
'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali
sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda.
Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya
masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti
tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan
segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi
sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit
dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan
menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains
Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka
tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkan adalah: Jauh dipedalaman
hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda,
doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk
bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan "pohon ajaib" dan
buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA
rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi
kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari
jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses
perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah
baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu
pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20
makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji
dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat
dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara
, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan
pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang
biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara
selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau
membunuh sel-sel yang sihat.
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon
"ajaib" ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu
langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita,
kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset
jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh
dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu,
akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi
penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung,
asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang
minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat
besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat
menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel
kanser yang berkesan !
Tapi. kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi
untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha
sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari
Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk
penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaut keuntungan besar. Tapi
usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit
jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar
beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah
lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan
hasil penyelidikan ini.
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan
penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan
kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan
bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan
penawar.
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan
mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan.
Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel
kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah
yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu
Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya
hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel
kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang
berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural
Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di
Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam
Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan
10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahawa
daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser:
Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola,
akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari
Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan
bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New
Cancer Killers, Safe as Mother's milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan
Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar
biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100%
semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.
Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara,
sahabat dan teman yang anda kasihi.
seribupilihan.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan