Kalau korang perasan, dalam bulan Februari ni kita ada hari sambutan Maulidur Rasul dan perayaan Thaipusam. Dan kalau korang perasan jugak, pada bulan ini iaitu pada 14 Februari 2013, ada satu lagi hari yang kononnya istimewa bagi remaja yang baru nak kenal dunia cinta ni… iaitu Hari Memperingati Kekasih atau pun Valentine's Day.
Rasanya tiap-tiap tahun dah jelaskan makna sebenarnya Valentine’s Day ni tapi masih ada yang sambut tanpa langsung fikirkan soal akidah. Nabi dah kata, “siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam kaum tersebut.” Kalau tak kisah, dan masih nak ambik mudah..sila buat. Silakan sambut Valentine’s Day. Jalan yang selamat ialah tak payah sambut terus, atau padamkan terus Valentine’s Day tu dari kalendar peribadi kita.
Memang tak payah nak ikut...kalau nak buat sesuatu sebagai tanda penghargaan pada orang yang tersayang, banyak lagi hari lain..kenapa perlu tunggu tarikh 14hb 2? Kita orang islam ni tak payah la sambut hari memperingati kekasih..sebab islam pun dah suruh umatnya berkasih-kasihan..sambung silaturrahim tu dan jangan sesekali putuskannya.
http://nicknashram.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan