1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa
sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan
alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak
dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah
lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri
ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita
meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala
lebih..takkan tak nak?
2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya
pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi
hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba,
rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh).
3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca
ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai
satu kampung dengar… kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah
bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira
orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang
sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak
kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh
sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi
sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat
bala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan
sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab
menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau
nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan
tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke
masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ! ni, please advise..
4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2
hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita
tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu
mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di
awal waktu lah..
5. Sesetengah orang menghadapi masalah
ketika hendak bertakbiratul ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang
kali tapi masih tak masuk niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan
sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg
sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin
dengan diri sendiri…Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca
dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg
menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg
dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali
pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2
lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua
itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi
terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu,
bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang
terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..! Jadi
kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir
seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan
syaitan..
6. Terdapat segelintir imam yg berdoa
selepas solat akan memulakan doa dengan “Hamdan hamidin”, “Hamdan
zakirin”, atau “Hamdan syakirin”.. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi
nahu bahasa arabnya salah…ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada
perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus
disebut begini: “Hamdal-hamidin”, “Hamdaz-zakirin” dan
“Hamdasy-syakirin”. (p/s: huruf z adalah huruf zal).
7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7
anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2
tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat
sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari
kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah
perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak
sahaja tanpa dilentikkan. Ketika sujud..tak sah solat kalau macam
tu..lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum
tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti
tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga
solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni
menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..
8. Di bulan puasa, orang kita rajin
menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi
silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah
tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke
rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau
dibalas itu rezeki lah..
9. Apabila kita bersolat di tempat yg
limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal
terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi
ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2
la, sembahyang sunat ba’diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi
orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita
nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya
pendek..kat R&R ramai orang camni..
10. Menunaikan haji sememangnya adalah
rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohnya
jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita
yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan
dulu pergi haji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg
dituntut dalam Islam..
11. Jika kita hendak sembahyang sunat,
tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan
pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai
solat zohor, kita hendak solat ba’diah, tiba2 ada tetamu
datang..tangguhkan solat ba’diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas
dah selesai baru buat solat ba’diah.. dan jika dah tak sempat, solat
ba’diah zohor boleh diqada selepas solat asar.. walaupun selepas asar
dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba’diah zohor
boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika
ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..
Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas,
kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg
lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh
menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh
mengakibatkan dosa pula..
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg
bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal
dibawa….. Renung-renungkanlah…
‘sampaikanlah walaupun 1 ayat…’
Credit: Nur Atikah (FB)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan