RAMAI yang sudah mengetahui sumbangan pengarah dan pelakon, Afdlin
Shauki dalam membantu mangsa yang menghadapi kemelut peperangan di Gaza
Palestin.
Tersentuh melihat penderitaan rakyat di Palestin membuatkan pemilik
nama sebenar Afdlin Shauki Aksan membuat keputusan berhijrah dan
mempertingkat diri khususnya dalam bidang keagamaan.
Menurutnya, penghijrahan itu bukan bermakna dia sudah berlalu terus
dalam industri hiburan, sebaliknya kini mahu menghasilkan karya dan
membawa mesej pengajaran pada masyarakat.
"Saya masih kekal dalam industri hiburan cuma fokus itu nanti mungkin berbeza sedikit berbanding dahulu.
"Tidak dinafikan karya-karya saya melalui filem sebelum ini banyak
mengajar unsur pengajaran tetapi untuk yang akan datang ini, saya akan
selitkan unsur-unsur keagamaan," jelasnya.
Jelas Afdlin lagi, sebagai langkah pertama dalam perjuangan barunya
itu, katanya, dia sudah pun menyiapkan sebuah lagu untuk penyanyi, Datuk
Sheila Majid.
"Lagu itu berunsurkan ketuhanan dan masa saya buat itu, memang saya
terfikir untuk memberikannya pada Datuk Sheila, Alhamdulillah, lepas
menghubungi dan memberitahunya tentang lagu itu, dia terus bersetuju,"
ujarnya.
Terdahulu, Afdlin ditemui semasa sesi tayangan filem Lawak Ke Der 2 yang bakal ditayangkan pada 7 Mac ini di seluruh negara.
Sementara itu, ketika ditanya tentang kekuatan yang diperolehinya
sehingga dia membuat keputusan untuk berhijrah, ujarnya, dia menganggap
ia sebagai satu hidayah dari Allah.
"Saya anggap ia sebagai satu hidayah kerana lepas saya pulang dari
Palestin, selama sebulan saya hidup seperti dalam satu kehilangan.
"Saya rasa hidup saya seperti ada yang tidak kena dan ia bertambah
teruk apabila saya sering memikirkan tentang kehidupan rakyat Palestin
yang sengsara di negara mereka sendiri," katanya.
Gusar dengan perasaan tersebut, Afdlin akhirnya bertemu dengan salah
seorang ustaz yang merupakan delegasi Aqsa Syarif untuk berkongsi
pengalaman yang dialaminya itu.
"Alhamdulillah, selepas bertemu dengan ustaz, saya telah temui jalan
penyelesaian untuk menguatkan diri dan menuju ke jalan Allah," jelasnya.
Tambah Afdlin, dia terfikir juga adakah dia harus meninggalkan dunia
hiburan tatkala dirinya diberi hidayah untuk menuju ke jalan Allah.
Setelah perbincangan dan melalui nasihat yang diberikan, Afdlin
membuat keputusan untuk tidak keluar daripada industri hiburan,
sebaliknya berkarya untuk mengajak orang ke jalan yang lebih diredai.
Sejuk hati bila mendengar seorang lagi artis akan berubah dan menuju
ke jalan yang lebih diredai dan harapnya, lebih ramai artis akan turut
serta menyertai perjuangan ini. Tidak perlu tunggu hidayah daripada
Allah pun tidak mengapa.
utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan