“Kami percaya sebahagian musuh terbunuh walaupun kami tidak mengesahkan bilangan kematian buat masa ini,” katanya.
Beliau berkata, mereka mempercayai lelaki bersenjata Sulu berjaya melarikan diri ke Kampung Tanjung Batu dari Kampung Tanduo dan polis memburu mereka di sana.
Sementara itu pada pukul 4.25 ptg - Sidang Media DS Hishamudin dan Zahid Hamidi
- 13 Mayat Penceroboh ditemui ketika ini
- CID dan Forensik Menemui Kubur 7 Penceroboh
- Pasukan Forensik diserang ketika membuat pemeriksaan dan pengesahan kubur dan mayat penceroboh kira-kira jam 1.45 ptg
- Anggota keselamatan menemui sejumlah senjata yang digunakan penceroboh)
- Tiada Anggota Keselamatan yang tercedera pada Ops Daulat Hari Kedua
- Kedua-dua Menteri Menekankan bahawa orang ramai perlu yakin dan mempercayai kemampuan anggota keselamatan dari PDRM dan ATM
- Pengamal media sosial khususnya perlu lebih bertanggungjawab dan menghormati anggota keselamatan serta keluarga-keluarga wira yang terkorban
- Gambar-gambar di lokasi serangan dipertontonkan kepada media
Tiada ulasan:
Catat Ulasan