Sabtu, 16 Mac 2013

Allah Murka Orang Yang Tidak Mengotakan Apa Yang Dia Kata


Ramai dikalangan orang Islam mengeluh kerana ketinggalan dalam berbagai bidang dan terpaksa mengahadapi hari-hari yang berlalu tanpa sebarang kemajuan, sedangkan mereka tidak dapat mengenal pasti apakah sebab disebalik perkara tersebut.

Mereka mencari sebab dan alasan yang jauh sedangkan rahsia sebenar ada pada diri mereka sendiri. 
 
 


Kelemahan jiwa orang Islam hari ini telah sampai keperingkat yang paling teruk apabila tidak memiliki upaya kehendak yang mencukupi untuk bangkit melaksanakan apa yang ia katakan.

Kemahuan untuk merdeka, mendapat kebahagiaan, hidup senang dan sebagainya terbelenggu dengan cagaran memiliki daya kehendak yang tinggi untuk merialisasikan apa yang dikata.

Bukan mereka tidak mahu jadi kaya, tetapi kemahuan mereka yang lemah tidak dapat membebaskan mereka dari sifat malas berkerja, mereka mahu menjadi pejuang tatapi cinta mereka kepada keselesaan membelenggu mereka dari bengkit memikul tanggungjawab perjuangan, mereka mahu menjadi ahli ibadat tetapi kelekaan mereka dan cinta mereka kepada dunia tidak memberi mereka masa untuk berzikir dan bertaqarub kepada Allah s.w.t. dan mereka mahu infak di jalan Allah ta'ala tetapi takutkan kefakiran telah membelenggu tangan mereka dari membelanjakan duit fi sabilillah.

Dalam pada itu mereka juga tergolong dalam golongan orang bercakap besar. Dalam setiap pertemuan mereka menyanyikan lagu perubahan, tajdid dan pembinaan semula, pada hakikatnya mereka lemah dan bercakap tidak serupa bikin.

Allah s.w.t. mengutuk perbuatan mereka dan sifat lemah yang ada pada mereka. Firman Allah ta'ala dalam surah as Saf ayat 1, bermaksud: 

“Wahai orang yang beriman ! kenapa kamu kata apa yang kamu tidak lakukan?, besar kemurkaan Allah terhadap kamu, kerana kamu kata apa yang kamu tidak lakukan.”

Mereka bukan sebenarnya tidak mahu lakukan tetapi "kehendak" yang mereka miliki tidak sampai ketahap "al azimah" yang sepatutnya, sebab itu mereka cakap nak buat itu dan nak buat ini kerana mereka faham akan kepentinganya, tetapi yang menyedihkan ialah mereka tidak miliki keimanan sejati yang dapat menggerakkan aggota sehingga mereka dapat mengotakan apa yang mereka katakan.

Imam Abdul Qadir al Jailani menyebutkan dalam siri ceramahnya yang masyhur empat perkara yang mensia-siakan agama kamu:

1. Kamu tidak lakukan apa yang kamu tahu.

2. Kamu lakukan apa yang kamu tidak tahu.

3. Kamu tidak belajar apa yang kamu tidak tahu dan,

4. kamu menghalang orang dari belajar apa yang mereka tidak tahu .

Dalam menegaskan kepentingan perkara ini Imam al Banna berkata: 

"Sebelum saya bercakap kepada kamu mengenai sembahyang , puasa, kehakiman, pemerintahan, adat, ibadat, sistem dan maumalat, terlebih dahulu saya mahu bercakap mengenai hati yang hidup, ruh yang hidup, jiwa yang sedar, perasaan yang sensitif dan iman yang mendalam".

Menunjukkan kepada kita bahawa tanggungjawab solat, puasa, puasa, kehakiman, pemerintahan, adat, ibadat dan sistem maumalat tidak dapat dilaksanakan tanpa memiliki jiwa yang kental dengan keimanan. Tanpanya kata-kata hanya akan tinggal kata-kata sahaja. Tiada solat yang didirikan, tiada puasa yang sebenar, tiada dakwah , tiada jihad ..tiada apa-apa, yang tinggal hanyalah cakap kosong sahaja.

Ambillah pengajaran wahai orang yang berfikir!

Imam al Banna menambah lagi; 

"Keimanan yang kental ini akan merubah peribadi muslim menjadi model yang dikehendaki oleh Islam".

"Islam mahu peribadi yang mempunyai sentimen yang dapat merasai keindahan dan kejelikan, kepekaan yang benar yang dapat mengetahui mana yang betul dan mana yang salah, kehendak yang kukuh tidak lemah menghadapi kebenaran serta tubuh badan yang sejahtera dapat memikul beban tanggungjawab kemanusian dengan sebaiknya dan menjadi alat dalam merialisasikan kehendak baik dan menyokong kebenaran".

Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. 
( Imam Al-Ghazali ).
http://blogtokwan.blogspot.com/kredit: nur/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...