Rabu, 20 Mac 2013

Anggota Keselamatan Alami Kejadian Aneh Di Lahad Datu Angkara Ilmu Hitam Puak Pengganas Sulu

Sepertimana yang kita tahu krisis pencerobohan sulu terhadap sabah sudah berlarutan lebih 2 minggu dan pelbagai kejadian yang berlaku dan beberapa anggota keselamatan kita telah terkorban. Tahu kah korang dimana ia bukanlah satu petermpuran biasa sewaktu Ops Daulat kerana sewaktu pertempuran dengan pengganas Sulu dikatakan Anggota Keselamatan alami kejadian aneh di lahad datu Angkara ilmu hitam puak Pengganas Sulu.
Ikuti kisah yang belaku sewaktu pertempuran dengan puak Pengganas Sulu sewaktu 'Ops Daulat' 
 
 
 
Pengamalan dan penggunaan ilmu hitam oleh pengganas Sulu bukan cerita rekaan atau dakwaan semata-mata. Tetapi itulah antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas di barisan hadapan 'Ops Daulat'.
Meskipun tidak dapat diterima dalam kehidupan realiti, tetapi penggunaan ilmu hitam oleh pengganas berkenaan termasuk menggunakan pelbagai tangkal tidak boleh terus ditolak.
Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah kelangkang.
PENGGANAS Sulu yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan Malaysia Memakai tangkal dipercayai untuk menjadi kebal

Walau bagaimanapun, dengan menaruh keyakinan kepada Allah dan berjuang dengan ikhlas pasukan keselamatan tetap berjaya menewaskan musuh-musuh berkenaan meskipun mereka (pengganas Sulu) menggunakan ilmu syaitan.
 
Menuruh sumber, usaha gempur pengganas Sulu dalam 'Op Daulat' sebenarnya amat mencabar memandangkan terdapat dalam kalangan mereka mengamalkan kepercayaan karut itu.
 
"Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak tidak akan membuatkan pengganas itu tewas," katanya.
 
Menurut sumber itu, usaha menjejaki pengganas berkenaan juga pada mulanya agak buntu kerana pasukan keselamtan tidak dapat mengesan tempat persembunyian musuh.
 
Dalam pada itu, katanya, pasukan keselamatan juga pernah dikejutkan dengan kelibat dua pengganas Sulu berpakaian hitam dan putih mara ke arah pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai mereka.
 
"Apabila dilaungkan azan barulah kelibat itu hilang dan pasukan keselamatan dapat mara," katanya.
 
Sementara itu, seorang penduduk tempatan berbangsa Suluk yang hanya ingin dikenali sebagi Pak Amril berkata, antara tangkal yang dipakai pengganas Sulu tersebut dikenali 'al-Quran Istanbul' yang kononnya akan membuatkan seseorang menjadi kebal.
 
Namun demikian, anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sentiasa menasihati anggota keselamatan untuk berhadapan dengan situasi itu.
 
Anggota keselamatan sentiasa dinasihatkan untuk memohon pertolongan Allah sebelum memasuki kawasan operasi untuk memburu pengganas Sulu.
 

Lihatlah betapa jahatnya permainan pengganas sehinggakan menggunakan pelbagai cara meskipun Ilmu Hitam adalah sama sekali haram dalam islam. Oleh itu kita janganlah memperlekehkan pasukan keselamatan kita yang berjuang bermati-matian di sana. Moga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan semoga roh mereka di tempatkan di golongan orang2 di kasihi.
taotauejerblogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...