Selasa, 12 Mac 2013

Bagaimana makan Durian boleh sembuhkan penyakit anda

Durian 'Raja Buah' merupakan buah yang paling banyak mengandung karbohidrat, lemak dan protein. Tak cukup dengan itu banyak zat-zat lain terdapat seperti serat, kalsium, asam folat, magnesium, zinc dan besi juga ada di dalamnya.
Kerana kalorinya yang tinggi, buah durian bersifat panas sehingga pesakit diabetes atau ibu hamil sangat tidak digalakkan makan durian.

 Bayangkan saja dalam 100 gram durian terkandung 147,000 kalori. Ini bererti ketika seseorang makan 1 kg durian, jumlah kalori yang ia dapatkan 1,470,000 kalori bersamaan dengan jumlah makanan  selama satu hari. Durian juga banyak mengandungi gula dan perempuan hamil tidak digalakkan memakan durian dalam kadar yang banyak kerana keguguran boleh terjadi. Gangguan sistem pencernaan juga boleh terjadi jika durian dimakan bersama dengan minuman beralkohol. Kajian di University of Tsukuba, Jepun membuktikan kandungan sulfur pada durian boleh membuat metabolisme alkohol boleh menyebabkan kematian.
Tetapi anda tidak perlu takut jika memakannya tidak berlebihan malah boleh dijadikan ubat. Malah durian juga banyak manfaatnya yang tidak hanya pada isinya tapi kulit dan daunnya juga berguna. Kulitnya biasa digunakan oleh orang-orang lama untuk mengusir nyamuk dan mengubati kurap sementara daunnya banyak dipakai sebagai ramuan menurunkan suhu badan yang panas.
Namun kerana tidak banyak orang yang membuat kajian ataupun menggunakan daun durian apalagi kulitnya, manfaat dari isi buah durian yang lazat hanya orang ketahui.
Merujuk kepada sumber Healthmad, berikut ini adalah beberapa penyakit yang boleh diatasi dengan makan buah durian dengan kadar yang tidak terlalu banyak.
1. Mengatasi sembelit kerana banyak mengandung serat
2. Mengatasi anemia kerana mengandung folat atau Vitamin B9 yang terbukti untuk menghasilkan sel darah merah
3. Menjaga kesihatan kulit kerana mengandungi Vitamin C yang berfungsi sebagai antioksidan dan antipenuaan
4. Mengandungi banyak potasium atau kalsium baik untuk kesihatan tulang dan sendi
5. Boleh menjaga kesihatan kelenjar tiroid
6. Menjaga nafsu makan kerana banyak mengandung Vitamin B1
7. Mengatasi migrain kerana mengandungi Vitamin B2
8. Meredakan stres dan mengatasi depresi kerana mengandungi Vitamin B6 atau piridoksin
9. Menjaga kesihatan gigi dan mulut kerana mengandungi posphor.
 http://rossacalla.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...