Petua Menangani Suami Panas Baran
- Jangan berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang
marah atau emosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh
mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana rasa ditentang
atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh
terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika
berlarutan, si isteri boleh terganggu dan rumahtangga juga akan
terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau
mengambil sikap tidak mempedulikannya dulu.
- Ajak dia berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca
kemarahannya. Tetapi tunggu sehingga kemarahannya sudah reda. Gunakan
gaya bicara yang halus agar emosinya tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda
boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja
ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang
baik dan tepat.
- Suami panas baran ataupun pemarah suka berterus-terang dan jujur
mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Cara mereka mengungkapkan
lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada
menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia
sesuatu daripadanya.
- Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu
menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Seterusnya ambil sebagai
satu cabaran untuk memperbaiki kelemahan diri anda. Tidak guna terlalu
emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata
sekalipun si suami panas baran biasanya sukar mengubah pendapatnya dan
lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun. Itu
kenyataan.
- Cuba fahami latar belakang suami anda. Orang yang memiliki sifat
‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau
keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada
suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Sifat
pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola
asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah
individu berkenaan.
- Pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan
menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah
seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak
maklumat mengenai apa yang boleh membuatkannya gembira dan tenang,
berbanding sebaliknya, yang membuatnya kesal dan marah.
Sumber: http://mylovely-fieda.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan