Sabtu, 9 Mac 2013

Inilah Virus Komputer Yang Pertama Di Dunia

Elk Cloner dinyatakan sebagai salah satu virus mikro komputer yang tersebar luas keluar dari ruang lingkup tempat pembuatanya. Dibuat pda tahun 1982 oleh seorang murid Sekolah Menengah Atas yang berumur 15 tahun. Ia bernama Rich Skrenta. Virus yg ia buat, saat itu bertujuan untuk sistem komputer Apple II.
 

Saat itu Skrenta tidak lagi dipercayai oleh teman-tamannya. Hal itu disebabkan oleh kelakuannya yang secara haram membahagikan game dan software, ia pun sering menggunakan floppy disk untuk mematikan komputer atau untuk memaparkan kata-kata mengejek pada skrin.

 



Akhirnya Skrenta pun memikirkan kaedah untuk melakukannya tanpa floppy disk agar ia tidak dicurigai. Selama cuti musim sejuk di Mt. Lebanon High School, Pennsylvania, Amerika, Skrenta mencari bagaimana cara memaparkan mesej secara automatik di komputernya.

Dan akhirnya dia menemui apa yang dewasa ini disebut sebagai boot sector virus, dan mula untuk menyebarkannya di kalangan rakan satu sekolahnya serta di sebuah club komputer.

Dari yang didapati virus itu cepat tersebar dan berjaya menjangkiti floppy disk orang-orang yang ia kenal, termasuk guru matematiknya. Virusnya banyak menyusahkan mangsa yang dijangkiti. Dapat dibayangkan bagaimana repotnya kerana saat itubelum ada satupun antivirus.

Virus elk cloner ini hanya dapat dihapuskan secara manual dengan langkah yang rumit. Elk Cloner menyebar dengan cara menjangkiti sistem operasi Apple II dengan teknik boot sector virus.

Ertinya jika kita melakukan booting komputer menggunakan floppy disk yang sudah dijangkiti maka virus akan secara automatik terkopi ke memory.

Dan apabila ada floppy disk bersih dimasukan ke komputer virus akan membuat salinan dirinya ke floppy itu.Komputer yang dijangkiti akan memaparkan sebuah puisi dilayar saat booting ke 50.
 http://zamrispoon.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...