Ahad, 17 Mac 2013

Kenapa Pistol Diharamkan

Ramai yang mesti tertanya-tanya kenapakah negara kita mengharamkan pemilikan senjata api atau dalam bahasa mudahnya pistol? Adakah pistol itu merupakan satu keselamatan jikalau kita di dalam bahaya? Tetapi mesti ada kesan sampingan bukan jikalau dibenarkan setiap orang kebenaran untuk memiliki senjata api atau pistol. Mari kita bincankan dan di bawah ini disenaraikan sebab-sebab yang tidak termaktub di dalam perundangan cuma daripada pemikiran sahaja...
 
 


1) Supaya pihak berkuasa tak pening kepala cari jalan macam mana nak banteras jenayah bersenjata setiap masa.

2) Supaya suami isteri yang sedang bergaduh tak cuba seesaikan masalah dengan cara mafia iaitu menembak dengan suka-suka hati sahaja.

3) Supaya permainan perang-perang budak kecil kekal sebagai permainan yang berseronok dan bukannya bertukar menjadi perang betul-betul yang mampu mengorbankan nyawa.

4) Supaya lastik tak hilang ditelan arus kemodenan akibat budak-budak sekarnag tembak burung teruk pakai Glock takpun Revolver.

5) Supaya bos-bos tak terkencing dalam seluar bila para pekerja tak lagi buat bantahan tuntutan bonus secara berpiket sebaliknya guna cara ugut pakai pistol.

6) Supaya tiada orang pergi ke kedai runcit mahupun pasaraya untuk membeli barang dengan mengunakan pistol sebagai ganti kepada duit.

7) Supaya tidak perlu lagi tok bomoh untuk menyantau ataupun mematikan pihak yang tidak disukainya sebaliknya tembak sahaja mampu menghabiskan segalanya.

Oleh itu negara kita tidak perlu setiap orang memiliki senjata api mahupun pistol kerana dapat memudaratkan diri sendiri ataupun orang yang terdekat dengan kita.

Selain daripada itu, walaupun benda itu besi dan kecil sehaja tetapi sekali tekan mampu membuatkan berjuta-juta cerita yang betul mahupun dongeng.
 http://shakroil.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...