Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang
memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi
suaminya adalah di kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia
(isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari-bidadari).
Berjihad / berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang
akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar Nabi SAW
dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun
berapa umurnya maka akan ditanya di manakah masa mudanya dihabiskan.
Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya. – (Hadith sahih riwayat Tirmizi).
Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt. Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. -QS. ar-Rahman (55):58
Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. - QS. ar-Rahman (55):70
(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah. - QS. ar-Rahman (55):72
Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. QS. ar-Rahman (55):74
‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam
kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai).
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib
(berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah
untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah
tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang
paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.
Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat
hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi disebabkan
sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada Nabi saw,kerana malu kepada
sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah
sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan
tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga
turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama
sekejap.
Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu
tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian
yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri, lalu di tanya
sahabat ini, di manakah beliau berada,lalu ada suara yang
menjawab,inilah syurga,tiba-tiba dia menyatakan hasrat untuk berjumpa
dengan ‘Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi), lalu
ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon
beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan
yang sebegitu,tak pernah dilihat di dunia ini, lalu diberikan salam dan
sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab
ehh tidakk (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita), saya
penjaganya, Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini.
Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak
tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan, lalu
sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang
berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya
dari yang kedua yang beliau jumpa tadi, dan tidak pernah di lihat di
dunia, lalu wanita itu berkata, akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan
untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku, bila lelaki itu mendekatinya
wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu
pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan
menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW, tapi sekiranya dia syahid
barulah di ceritakan kepada Nabi saw.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw
di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi
telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke
masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan
untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan
sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan
menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi
saw menjawab benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya
nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini
dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga. Waallahu 'alam.
Sumber: http://iburok.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan