Texas-Bayangkanlah sebuah kolam dengan air hijau jernih. Batu
yang besar membentuk bumbung di atas sebuah kolam. Sebuah air terjun meluncur
dari atas . Ini lah dia sebuah kolam yang diberi nama Hamilton Pool di Texas,
AS, sebuah kolam renang ciptaan Tuhan.
Kolam semula jadi ini ditemui buat pertama kali pada tahun
1800-an. Dahulunya, kawasan ini dimiliki oleh keluarga petani. Namun kerana
mereka menyedari akan potensi alam yang ada di sana, maka kawasan ini akhirnya
dibuka untuk umum.
Kolam alam yang boleh juga dipanggil sebagai danau ini
dikenal dengan nama Hamilton Pool. Terletak di Travis, Austin, Texas, AS.
http://seribupilihan.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan