|
Bentuk speaker biasa, tidak menarik sangat untuk dilihat. |
Kebiasaan
speaker direka untuk digunakan untuk mendengar bunyi-bunyian yang sedap
seperti lagu atau sebagai menonton wayang. Tetapi apabila di reka akan
pelbagai-bagai jenis speaker, maka rekaan yang lebih menarik adalah
lebih di sukai berbanding kualiti bunyinya.
Lihat saja
perbagai jenis dan bentuk rekaan speaker telah dihasilkan supaya
menjadi sebahagian alat hiasan di dalam rumah masing-masing.
|
Rekaan yang diberi nama 'Speak-er'. Seperti bubble talk di dalam kartun atau komik. |
|
'Munny Speakers' direka seperti sebuah watak yang bermuka speaker. |
|
'Woofer-dog' agak menyeramkan, ditambah lagi kalau anda seorang yang membela anjing di rumah. |
|
'Alpha' speaker direka dengan unik sekali, sesuai bagi mereka yang bercinta mendengar lagu-lagu romantik. |
|
'N3-8 Kidrobot' pula dilihat seakan penguin yang memakai baju salji yang besar. |
|
Rekaan 'Nautilus' seakan-akan hidupan laut dalam. |
|
'Stileto-Speaker' pula sesuai dimiliki kaum hawa kot? |
|
Diberi nama 'JBL' dan ia sangat unik kerana sesuai dan boleh diletak dimana sahaja mahupun di setiap sudut bilik. |
|
'TIE Fighter' pula sangat sesuai untuk para fanatik Star Wars. Koleksi yang wajib bagi 'Kipas Susah Mati' Star Wars ni. |
|
'The PLUG + PLAY' speaker pula merupakan jenis tanpa wayar dan sungguh anggun di lekatkan di dinding bercorak.
Sungguh
kreatif kesemua rekaan speaker-speaker ini. Harap-harap kualiti bunyi
yang dihasilkan pun agak setara lah dengan kecantikan dan keunikan
rekaan reka bentuknya nanti. Baruilah fungsi sebenar speaker ini betul,
bukan takat lawa untuk dipandang sahaja.
via : freshome/http://www.zerousvortex.com
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan