Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di
muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau
anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram
kan? Itu perkara biasa.
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan
memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak
mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh
dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh
memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah
secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.
Jerawat kat DAHI
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak
baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat
kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan
untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup
dan minum air banyak.
Jerawat kat HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang
belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin
disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan
dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.
Jerawat kat DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah
pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk
kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca
daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
Jerawat kat PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang
lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.
Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya
memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena
sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan
toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat
posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah
sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap
kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
P/S: Tips untuk kulit sihat
Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air
kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan
membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga
membantu pelawasan.
seribupilihanblogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan