Sabtu, 2 Mac 2013

TERKINI - Gambar Ketibaan Jenazah anggota Komando Polis VAT 69 Terkorban (8 GAMBAR)

Jenazah dua anggota komando polis VAT 69 yang terkorban semalam dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo selamat sampai ke ibu negara hari ini.


Keranda yang ditutup dengan bendera Malaysia telah diturunkan daripada "aircraft'.
 
 


Jenazah anggota polis komando Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabaruddin Daud, 46, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini pada pukul 12.30 tengah hari, Sabtu. Jenazah kedua-dua Allahyarham diberi penghormatan terakhir semasa ketibaan. Suasana pilu menyelubungi pangkalan TUDM dengan kehadiran ahli keluarga Allahyarham Zulkifli dan Sabaruddin. Bercakap kepada pemberita di situ, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memberi dua pilihan kepada kumpulan bersenjata Sulu iaitu menyerah diri atau terima apa juga akibat daripada tindakan yang telah dilakukan. Najib berkata, beliau telah bercakap dengan Presiden Filipina Benigno Aquino pada malam Jumaat mengenai perkara itu. Katanya, pintu rundingan telah ditutup memandangkan kumpulan bersenjata Sulu mengambil pendekatan untuk menentang tindakan itu. "Kumpulan bersenjata Sulu harus menyerah diri atau akan berdepan tindakan daripada pasukan keselamatan kita," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada jenazah kedua-dua anggota polis yang terkorban di sini pada Sabtu Sumber : mstaronline





Ketibaan jenazah dua anggota komando yang gugur diringi YAB Perdana Menteri

Ibu dan isteri allahyarham dipertemukan dengan jenazah.



Wira Negara yang Terkorban dan Tercedera dalam Pertempuran Semalam
 Takziah kepada kedua-dua keluarga Allahyarham....Semoga Allahyarham Inspektor Zulkifli bin Mamat dan Koperal Sabarudin bin Daun di tempatkan dalam golongan mereka yang mendapat keampunan dan rahmat daripada Allah....InsyaAllah...Amin
 http://taotauajer.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...