Bagi wanita Islam seperti Zaida Saleh yang menghayati kehendak agama, merapi kuku atau 'manicure' memberi masalah.
Dia melakukan solat lima kali sehari dan sebelum menunaikannya, dia perlu mengambil wuduk sedangkan pengilat kuku menghalang air mengenai kuku. Bagi mengatasi dilema ini, sebuah syarikat Poland, Inglot, memperkenal sejenis pengilat kuku baru yang membenarkan air kena pada kuku.
Patuhi syariah
Syarikat dan orang Islam tertentu berkata, pengilat itu adalah yang pertama membenarkan udara dan lembapan melalui kuku.
Produk itu dicari wanita Islam sejak beberapa bulan kebelakangan ini selepas seorang ulama di Amerika Syarikat yang menguji kadar resapan, menerbitkan satu artikel mengatakan mengikut pandangannya, ia mematuhi ketetapan syariah.
Berita mengenai pengilat kuku itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini tersebar dengan cepat di internet dan meningkatkan jualan produk, digelar O2M, untuk oksigen dan lembapan.
Pengilat kuku itu kini berada dalam senarai satu daripada pencapaian sepanjang hayat terakhir buat Wojciech Inglot, ahli kimia Poland dan usahawan yang membangunkannya.
Ia dianggap sebagai alternatif lebih sihat berbanding enamel kuku tradisional, yang menghalang laluan lembapan dan oksigen ke dalam kuku.
Terima anugerah
Beliau meninggal dunia secara tiba-tiba Sabtu lalu pada usia 57 tahun selepas mengalami pendarahan dalaman dan disemadikan di tempat asalnya di Przemysl.
Inglot menjadi penerima beberapa anugerah kepemimpinan perniagaan selepas mengambil alih satu perniagaan yang dimulakannya pada 1983 apabila Poland masih berada dalam pemerintahan komunis dan menukarnya hingga berjaya di peringkat antarabangsa.
Satu anugerah dari Poland yang diterimanya tahun lalu memujinya kerana ‘membuktikan bahawa Poland adalah sebuah negara yang mana teknologi inovatif disesuaikan dengan kecantikan.’
sumber: berita harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan