Jumaat, 1 Mac 2013

( Video ) TERKINI - 10 Anggota Penceroboh Kesultanan Sulu dan Dua Komando Polis Malaysia Terbunuh


Dua Komando Polis Maut Terkena Serangan Mortar Pemberontak Sulu

Menurut laporan Philstar, sepuluh anggota tentera diraja Kesultanan Sulu terbunuh dan empat lagi cedera dalam serangan oleh pihak berkuasa Malaysia di Lahad Datu, Sabah, pagi tadi.
Hal ini dimaklumkan oleh jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani yang mendakwa memperoleh maklumat tersebut daripada Kiram, saudara Sultan Jamalul Kiram III. Pertempuran yang turut mencederakan dua anggota keselamatan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Bernama berlaku sekitar sekitar pukul 10:15 pagi.

Jurucakap Kesultanan Sulu berkata bahawa pegawai Kerajaan Filipina mahu "menutup kebenaran" apabila mendakwa tiada sesiapa yang tercedera dalam serangan itu.

Walaupun ada yang terbunuh, namun pihak penceroboh akan meneruskan tuntutan mereka terhadap Sabah secara aman.

Menurut Idjirani, pihak Kesultanan Sulu bercadang membawa hal ini ke Persidangan OIC.

"Kesultanan Sulu ialah orang Islam dan Malaysia pula kerajaan Islam," kata Idjirani.-DCM


Video Terkini Darurat Di Lahad Datu



Kemas Kini:

Bernama melaporkan dua anggota komando polis Malaysia meninggal dunia akibat terkena serangan mortar.

Laporan itu menyatakan:

 LAHAD DATU - Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.


P/s: Menurut laporan beberapa blog, komando yang terbunuh itu ialah INSP. ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO. -Al fatihah!

Update Terkini: 3.50 petang

Pengganas Sulu 10 mati, 4 cedera. Komando Malaysia 3 mati, dan salah seorang adalah Azman Rampong dari Semporna.
Lahad Datu & Semporna masih bertempur & dalam keadaan darurat. Sandakan hampir diserang pengganas dan dikatakan 2000 penyokong pengganas Sulu di daerah Sandakan bersedia untuk membuat huru-hara ( mengikut sumber risikan dari Malaysia Special Branch). Komando 69 Malaysia telah berjaya menyusup masuk ke dalam kubu tentera Sulu di Lahad Datu.. - Sumber -
Artikel Berkaitan :

Lahad Datu: Dua Pemberontak Sulu Maut

  http://aiyangdisayang.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...