Isnin, 3 Jun 2013

Beli Online:Apa Anda Perlu Lakukan?

Beli online atau shopping online  telah menjadi satu fenomena untuk masyarakat kita mahupun luar negara sekarang. Mungkin beberapa tahun lepas trend beli online ini agak kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat kita.Tetapi situasinya kini berbeza,mungkin disebabkan faktor internet dinegara kita yang semakin berkembang pesat hari demi hari.Walaupun gejala scam masih berleluasa di laman maya,nampaknya masyarakat kita sudah semakin bijak membezakan antara scam dan sebaliknya.
beli rayban online
rayban-antara barangan mendapat perhatian pembeli di internet
  

 

Apa perlu di lakukan semasa membeli online?

Harga:Survey terlebih dahulu harga di laman-laman beli online yang popular seperti mudah.my,lelong,e-bay dan lain-lain..Sekiranya terlampau mahal berpindahlah ke penjual lain  yang menyediakan harga yang berpatutan..Dan awas apabila penjual meletkkan harga yang terlalu murah untuk sesuatu barangan itu kerana pasti ada keburukan tersembunyi di sebaliknya kecuali jika ada promosi-promosi tertentu seperti jualan penghabisan,promosi sempena hari peryaan dan sebgainya.Kaki-kaki facebook juga seharusnya berhati-hati dengan pertambahan iklan-ikan atau sponsored post di laman tersebut.Jangan semberono membeli tanpa meneliti harga dan aspek-aspek lain.

Kualiti Barangan:Rasanya ini antara masalah utama apabila kita mebeli secara online.Sekiranya kita mahu membeli barangan seperti buku atau novel ,mungkin tidak menjadi masalah perkara ini tetapi bagaimana pula sekiranya kita ingin membeli barangan elekronik seperti powerbank dan sebagainya.Pastinya terdedah kepada penipuan kerana sesetengah penjual ada yang menjual barangan yang tidak original kepada para pembelinya.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku,mungkin kita boleh terus berhubung dengan mereka .Pergi terus  ke kedai online mereka dan lihat sama ada penjual tersebut aktif atau tidak dan respon daripada pelanggan baik atau sebaliknya.Kebanyakannya penjual-penjual online ini akan meletakkan sekali testimoni-testimoni pembeli yang telah berurusan dengan mereka.Kalau boleh terus je add dan tanya mereka secara direct..Untuk yang membeli di lelong lebih mudah kerana mereka ada meletakkan  rating bagi penjual yang mempunyai rekod yang baik dengan pembeli..
beli barang online,shopping online
contoh testimoni dari pelanggan di sebuah page aktif

Berjimat:Membuat pembelian secara online  sememangnya sangat mudah tanpa perlu ke luar dari pintu rumah,berjalan berjam-jam di shopping complex untuk mencari barangan yang pastinya menjimatkan masa dan tenaga kita.Tetapi tahukah anda pembelian barangan secara online ini juga telah menyebabkan  ramai yang telah tersasar bajet  dan keluar dari kemampuan mereka.Jadi seharusnya kita menjadi seorang pembeli yang bijak dan membeli sekiranya perlu sahaja.Jangan pula seronok membeli online,tengah bulan makan pasir sudahla…

Secara jujurnya aku lebih gemar membuat pembelian barangan secara online ini..Aku pun dah beberapa kali membuat beberapa pembelian online ini dan setakat ini berpuas hati dengan servis-servis mereka.Bagaimana pula dengan anda?Jom kongsikan..
 http://jeritpekik.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...