Sabtu, 15 Jun 2013

Fakta Menarik di sebalik Hujan

Fakta Menarik di sebalik Hujan, air jernih dari langit yang setiap titisnya adalah rahmat, membawa rezeki kepada seluruh hidupan di muka bumi. Namun masih ada yang sanggup mengeluh dan Membenci Hujan yang dianggap sebagai penghalang untuk mereka melakukan sesuatu aktiviti luaran. I Hujan


Fakta Menarik di sebalik Hujan Rahsia Alam disebalik Hujan

Seingat Hootoh Tudia, di negara kita Malaysia, belum ada Bencana Hujan yang besar berlaku. Bukankah kita sepatutnya bersyukur dengan rahmat dan nikmat titik dan titis air hujan ini, jika dibandingkan dengan Hujan Meteor yang melanda Russia dan Misteri Hujan Labah-labah yang berlaku di negara-negara yang diuji oleh Penciptanya yang Maha Agung.





Rahsia Alam di sebalik Hujan
 
Hujan juga selalu dikaitkan dengan pelbagai erti dan maksud. Namun adakah anda tahu Keistimewaan dan Rahsia Alam di sebalik titisan air dari langit ini. Berikut ialah beberapa Fakta Menarik disebalik Hujan yang jarang diketahui umum.

  • Purata kelajuan jatuhnya titisan air hujan adalah 8-10 km/jam.
  • Air jatuh ke bumi dengan kelajuan yang rendah kerana titis hujan memiliki bentuk Teardrops yang meningkatkan daya geseran atmosfera dan membantu hujan turun ke bumi dengan kelajuan yang lebih rendah. Andai kata bentuk titis hujan berbeza, atau andaikan atmosfera tidak memiliki sifat geseran, akan berlakulah kemusnahan setiap kali turunnya hujan.
  • Ketinggian minimum awan hujan adalah 1.200 meter dan ketinggian maksimum 10.000 meter.
  • Efek yang ditimbulkan oleh satu titis air hujan yang jatuh dari ketinggian tersebut sama dengan objek seberat 1 kg yang jatuh dari ketinggian 15 cm.
  • Dianggarkan 16 juta tan/saat air dari bumi tersejat ke langit untuk membentuk awan hujan.
  • Dalam satu tahun, dianggarkan berat ·kuantiti air yang terlibat dalam kitaran hujan mencapai 505x1012 tan. 
  • Butiran air hujan berubah bentuk sehingga beratus kali setiap saat.
  • Jika butiran air hujan itu dibekukan, ia akan membentuk keping kristal yg indah, tidak seperti air biasa yang di sejukbekukan.
  • Setelah hujan turun, tanah, lalang, rerumput akan mengeluarkan bau wangi istimewa yang dinamakan Petrichor.
  • Hujan memiliki kemampuan untuk menghipnotis manusia untuk meresonansikan ingatan masa lalu. Di dalam hujan, ada lagu yang hanya boleh didengar oleh mereka yang rindu.

Keindahan di sebalik Titis Hujan

Dan pada titis hujan ini, manusia biasanya akan mendapat inspirasi. Seperti Lirik Lagu Hujan yang dinyanyikan Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Sungguh indah jalinan kata-kata antara hujan, cinta dan rindu. Suka Hootoh Blog ulangsiar kembali Lirik Lagu Hujan yang cukup popular ini

Kisah Hujan dalam Al Quran Keindahan di Sebalik Titis Hujan

Hujan yang turun bagaikan mutiara, berkilau bersinar berkerdipan. Subur menghijau bumi terbentang dan bayu berpuput lembut. Cinta yang bersemi diwaktu hujan turun. Menyirami ketandusan hati dan hujan turut mengiringi engkau pergi. Selembut hujan bercurahan, begitulah cinta ini. Semesra bumi yang disirami, begitulah hati ini. Hujan yang turun bersama air mata bersama pedih, bersama rindu. Kau datang dan kau pergi jua. Rindu lagi.

Kisah Hujan dalam Al Quran

Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana melimpah rezekinya kepada seluruh umat manusia. Kisah Hujan ada ceritakan dalam Al Quran. Seperti yang terkandung dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 22. Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit· sebagai atap, dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu, karena itu janganlah kamu  mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui.
 http://www.hootoh.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...