Umum mengetahui bahawa Qatar akan menjadi tuan
rumah kepada Piala Dunia pada tahun 2022. Negara Arab yang kecil itu
dikritik hebat kerana dipilih sebagai tuan rumah piala dunia, bukan
sahaja kerana waktu panas melampau semasa kejohanan berprestij itu
berlangsung.
Selain daripada masalah itu, satu lagi persoalan
timbul adalah dimana para penonton yang sangat ramai akan menginap dan
tinggal di ibu kota di Doha. Satu idea unik telah dipersembahkan iaitu
membina 5 hotel terapung di sekitar Qatar yang boleh memuatkan sehingga
25,000 orang pelancong.
Jom kita tengok rekaan konsep hotel
terapung ini. Hotel terapung pandangan sisi rekaan yang sangat
futuristik permandangan yag mempersonakan hiasan dalaman mewah besar
betul menikmati keindahan malam santai tepi kolam aerial view Hotel ini
akan dibina dengan kerjasama 2 syarikat senibina dari Finland, Sigge and
Global Accommodation Management (GAM).
Projek ini akan meliputi 5
hotel terapung yang berbeza, 1 villa mewah serta taman tema air. Semoga
ia sempat dibina dan mampu memuatkan penonton yang akan membanjiri
Qatar semasa piala dunia nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan