Khamis, 13 Jun 2013

KERUSI DIREKA DENGAN RUANG SIMPANAN BUKU YANG CREATIVE

Walaupun dengan perkembangan teknologi internet masa kini, buku masih lagi mendapat tempat terutamanya di kalangan pembaca tegar. Bagi yang gemar membaca buku sambil bersantai di rumah tu, perabot ini mungkin sangat sesuai untuk anda.

Diberi nama OpenBook, kerusi yang dilengkapi dengan rak buku ini direka oleh design studio TILT. Kerusi ini sangat sesuai bagi ruang kediaman yang tidak disediakan atau mungkin tidak cukup ruang untuk menempatkan rak buku. Di samping dapat membaca dalam suasana yang tenang, kerusi ini juga berfungsi sebagai tempat mempamerkan buku atau majalah kegemaran anda.
 
 

 
sumber dari Contemporist/PEN CANGGIH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...