Selasa, 11 Jun 2013

Mari Jawab Teka Teki Dalam Al-Quran


Dapatkah anda menjawab Teka Teki ini ?





1. Ada berapa ayat dalam Al-Quran?
Jawapan: 6236 ayat

2. Ada berapa surah dalam Al-Quran?
Jawapan: 114 surah..

3. Surah apa tiada Bismillah?
Jawapan: Surah Taubah

4. Ayat pertama dalam Al-Quran?
Jawapan: Bismillahirrohmanirrahim

5. Wahyu terakhir diturunkan?
Jawapan: Optional:byk khilaf mengenai wahyu terakhir diturunkan. yg hebah = al-Maidah; 5:3, dikatakan tidak berapa tepat sbg ayat terakhir.. dikatakan juga ayat2 mengenai riba' (al-Baqarah; 2:278-280) diturunkan 9 hari sblum kewafatan baginda SAW berbanding al-Maidah; 5:3 yg dikatakan turun sewaktu haji wida', penghujung tahun ke10 hijrah, 81 hari sebelum kewafatan baginda SAW.

6. Ada 6 perkara..jika 6 ditolak 6 bersamaan 0, tetapi jika 6 ditolak dengan (5 @ 4 @ 3 @ 2 @ 1) jawapannya jugak adalah 0 ... Apakah ia?
Jawapan: Rukun Iman

7. What is more powerfull than Allah
More evil than The Devil
The Poor has it
The Rich doesn't need it
If you eat it, you'll die

the answer is :.............................?

Jawapan :
NOTHING (!)
NOTHING is more powerfull than Allah
NOTHING is More evil than The Devil
The Poor has NOTHING
The Rich doesn't need NOTHING
If you eat NOTHING, you'll die

8. Dalam Al-Quran ada 114 Surah.
memandangkan Surah Taubah tiada "bismillahirrahmanirrahim "maka sepatutnya ada 113 "bismillahirrahmanirrahim"
tetapi bila dikira balik ada 114 "bismillahirrahmanirrahim"
dalam surah manakah letaknya "bismillahirrahmanirrahim" yang satu lagi?
Jawapan: dalam surah an-naml ayat 30. Ayat dlm Surah An-Naml tersebut merupakan perutusan utk nabi sulaiman daripada Ratu Balqis.


9. Air merupakan pelarut yang bagus..maknanya air dengan air boleh bercampur. tp Allah maha berkuasa Dia menjadikan Dua Air laut iaitu tawar dan masin x boleh bercampur bahkan dihalangi oleh satu dinding yang ahli saintis pun kehairanan, mcam manalah dua air laut ni x boleh bercampur.

Soalannya - manakah ayat di dalam Al-Quran yang membuktikannya?
Jawapan:
surah ar-rahman ayat 19-20
"ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing2 tidak melampaui sempadannya."

10. Dalam al-quran, ade surah yg panjang dan surah yg pendek. Terdapat satu surah yang panjang ini, Allah turunkan sekaligus semua ayat dalam surah tu dari awal hingga akhir lengkap sampai abis, dalam satu masa. Apakah Surah ini?
Jawapan: Surah Al-An'am.

11. Surah ape yang tiada huruf Mim...?
Jawapan: surah Al-Kauthar

12. Siapakah pembunuh 1/6 daripada penduduk bumi?
Jawapan: Qabil yang membunuh 1/6 daripada penduduk bumi
sebab bunuh Habil..pada zaman tersebut cuma ade Nabi Adam a.s, Siti Hawa, Qabil, Habil, Iklima dan Lubuda.Dan Qabil adalah 1/6 dari manusia pada ketika itu.
 http://azriyajie.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Nk share..
    Cuba teka..
    Apa kaitan ayat alquran dgn tulang2 manusia

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...