Assalamualaikum buat semua pembaca.
Pernahkah kalian merasakan sakitnya perasaan apabila cinta ditolak
oleh insan yang kita mula sayang? sakit dan pedihnya perasaan itu hanya
mereka yang pernah lalui saja akan mengerti.
Apabila cinta telah diluah tetapi ditolak mentah-mentah tanpa diberi
peluang menunjukkan diri amat menghargai si dia pasti kita akan merasa
sangat malu untuk bertentang muka dengan si dia. Perasaan kecewa tak
terbendung dan rasa malu bersilih ganti.
Apa yang perlu kita lakukan?
1.Berlagak biasa
-Buatlah seperti tidak berlaku apa-apa apabila bercakap dan bertemu
dengan si dia. anggap perkara itu tidak berlaku dan berlagak profesional
jangan sampai melibatkan emosi bila berbicara. Bendung rasa malu dengan
berhemah. Jangan menampakkan diri kamu sedang kecewa dan hampa.
2.Menangislah
-andai kamu rasa hati berbuku rasa pedih menangislah sepuasnya.
Mungkin itu dapat melegakan hati, selepas menangis buang jauh-jauh
perasaan itu agar kamu melupakan semua kenangan pedih tersebut. Usah
bazir air mata menangis buat insan yang tak menghargai kamu.
3.Cuba lupakan dia denga banyakkan mengaji. Bila hati kamu pedih dan
sedih mengajilah sebanyak mungkin. Berdoa agar Allah palingkan hati
kamu dari terus mengingati dia. Banyakkan berzikir, syaitan sengaja
mengusik jiwa kita semata-mata ingin menjadikan kita lemah dan lalai.
4.Ceriakan diri. Jangan fikir perkara yang menyedihkan itu.
Pelbagaikan aktiviti dan cari peluang untuk melibatkan diri agar terisi
masa yang ada dengan perkara yang baik.
5.Sibukkan diri mengejar peluang untuk terus maju. Tetapkan matlamat dan lupakan semua kejadian yang menimpa diri.
Bercinta itu bagus jika ia menjadikan kita insan yang lebih
bersemangat memajukan diri tetapi jika ia menjadikan kita lemah dan
kecewa, bersedih dan seterusnya semakin mundur ia tidak bagus untuk diri
kita. Perhebatkan diri agar kita mampu jadi pencinta yang hebat suatu
hari nanti.
ammar blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan