Khamis, 11 Julai 2013

Pancutan Air Jerman Jadi Tapak Warisan Dunia


Pancutan Air Jerman Jadi Tapak Warisan Dunia 
Dengan ukiran patung Hercules berdiri megah di atas pancutan air, disertakan dengan taman yang romantik dan istana lama, pancutan air Jerman Bergpark Wilhelmshoehe di Kassel, Jerman sememangnya salah satu bahagian ikonik di dunia.

Pada bulan lalu, ia telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).




Taman terbesar di kawasan bukit di Eropah ini penuh dengan air terjun indah, kolam-kolam kecil dan jambatan tersembunyi layak dijadikan lokasi wajib dilawati untuk para pelancong ketika cuti musim panas.

Pancutan Air Bergpark Wilhelmshoehe dikategorikan sebagai taman terhebat menunjukkan salah satu contoh, kawalan manusia ke atas alam semula jadi. Kejuruteraan pancuta air yang cukup menakjubkan setiap hari Rabu, Ahad dari Mei sehingga Oktober.

Taman Bergpark, yang berkeluaran lebih 550 hektar dimulakan pada tahun 1689 hasil gabungan kreatif Putera Carl dan pewaris-pewaris takhtanya yang menambahkan taman di bawah dan membina istana Wilhelmshoehe pada Abad ke-18.

Unesco berkata taman itu disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 23 Jun lepas serentak bersama gunung berapi Pulau Seychells Gunung Enta dan Gunung Fuji di Jepun. Salah satu keputusan yang sudah lama ditunggu oleh bandar Kassel. – IBNU K
mynewhub
BergparkWilhelmshoehe01

BergparkWilhelmshoehe02

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...