Ramai yang mengambil ringan masalah nafas terhenti seketika ketika
berdengkur dalam tidur dan menganggapnya sebagai perkara normal serta
tidak perlu dirisaukan.
Masalah nafas terhenti kerana saluran nafas tersumbat atau apnea
ketika berdengkur lazimnya menunjukkan seseorang itu mengalami sindrom
obstructive sleep apnea (OSA).
Apnea menyebabkan penurunan tahap oksigen dalam otak dan kemudian
merangsang untuk membangunkan pesakit supaya bernafas dengan lebih
bertenaga.
Ia berlaku apabila udara gagal disalurkan melebihi 10 saat kerana rongga bahagian atas saluran pernafasan tersumbat manakala hipopnea pula berlaku apabila aliran udara kurang daripada 50 peratus daripada jumlah normal dalam tempoh yang sama.
Ia berlaku apabila udara gagal disalurkan melebihi 10 saat kerana rongga bahagian atas saluran pernafasan tersumbat manakala hipopnea pula berlaku apabila aliran udara kurang daripada 50 peratus daripada jumlah normal dalam tempoh yang sama.
Masyarakat bagaimanapun tidak menganggap masalah itu sebagai berbahaya walaupun di sebaliknya, ia mampu menjejaskan keselamatan nyawa dan menjadi pembunuh dalam senyap.
Pakar Bedah Otorinolaringologi (ENT) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Datuk Dr Abdullah Sani Mohamed berkata, sindrom OSA mampu memburukkan keadaan pesakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis atau lemah jantung tanpa dapat dikesan.
Tidak hairanlah jika kalangan pakar ENT menggelarkan OSA sebagai pembunuh senyap kerana tiada ujian bedah siasat yang dapat membuktikan penyebabnya.
Beliau berkata, masalah OSA jika tidak diberi rawatan boleh menjadi punca seseorang itu menghidap penyakit yang dinyatakan (darah tinggi, kencing manis atau lemah jantung).
“Sebaliknya, jika seseorang itu sudah menghidap penyakit berkenaan, masalah OSA ini akan memburukkan lagi penyakit yang dihidapi hingga membawa kematian,” katanya.
Menurut Profesor Sani, seseorang boleh dianggap menghidap OSA apabila jumlah apnea dan hipopnea melebihi lima kali dalam masa satu jam ketika tidur.
Pesakit OSA dikategorikan dalam tiga tahap berbeza mengikut indeks apnea hipopnea (IAH) yang dilakukan menerusi ujian tidur, polisomnografi (PSG) di pusat perubatan berkenaan.
“Antara data yang dicatat dalam ujian tidur ini adalah bacaan tahap oksigen, pergerakan pernafasan dada, aliran udara hidung serta aktiviti otak, mata, jantung dan kaki di samping rekod dengkuran.
“Ujian ini penting untuk dokumentasi keadaan pesakit sebelum dan selepas rawatan,” katanya.
Menurutnya, hasil ujian itu juga menentukan tahap OSA yang dialami pesakit menerusi indeks berkenaan. Jika indeks yang diperoleh antara lima hingga 15, seseorang itu berada pada tahap ringan.
mymetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan