Senarai tahunan yang dikeluarkan oleh TripAdvisor iaitu Traveller’s
Choice Destination Award telah menobatkan bandaraya Istanbul, Turki
sebagai kotaraya pilihan utama pelancong dari seluruh dunia.
Berikut merupakan senarai sepuluh kotaraya pilihan pelancong yang dikeluarkan oleh portal MSN, baru-baru ini:
Berikut merupakan senarai sepuluh kotaraya pilihan pelancong yang dikeluarkan oleh portal MSN, baru-baru ini:
1. Istanbul, Turki
Kota kosmopolitan yang dipenuhi bangunan seni bina tradisional
menjadikannya bandar raya yang wajib dikunjungi dalan lawatan ke Grand
Bazaar yang dibuka sejak 1460-an, tidak wajar dilepaskan.
2. Rome, Itali
Bandar Itali ini bukan saja penuh bersejarah malah mempunyai
tempat-tempat yang menarik seperti Trevi Fountain dan Gereja Sistine. Di
sini juga terletaknya Vatican City.
3. London, England
London yang menjadi antara kotaraya ikon kepada benua Eropah, masih
amat popular di kalangan pelancong dengan mengekalkan kedudukan di
tempat ketiga seperti tahun lalu.
4. Beijing, China
Ibu negara China ini mempunyai penduduk lebih 21 juta orang iaitu
kotaraya kedua terbesar selepas Shanghai. Antara tempat menarik di sini
pastinya Kota Larangan (Forbidden City) yang menjadi istana dan pusat
pentadbiran zaman feudal China selain Kuil Syurga serta lebih 100
muzium.
5. Prague, Republik Czech
Prague, kaya dengan budaya dan kehidupan tradisinya. Sepanjang tahun
lalu saja, kota ini menarik kehadiran lima juta pelancong antarabangsa.
Banyak tempat bersejarah di sini menjadikannya dipilih sebagai tapak
warisan dunia oleh UNESCO.
6. Marakech, Maghribi
Kota ini menjadi pusat budaya di Afrika Utara. Marakech
mengalu-alukan kehadiran pelancong dari merata dunia yang terus
bertambah setiap tahun. Malahan ia satu-satunya kota raya dan benua
Afrika yang menjadi pilihan di kalangan pengembara dan pelancong sebelum
berlaku kegawatan politik di Mesir.
7. Paris, Perancis
Kota raya ini memang menjadi impian setiap pelancong. Paris terus
menawarkan pelancong peluang untuk berseronok, antaranya pemandangna
menakjubkan selain memiliki banyak galeri yang menyimpan koleksi seni
terbaik dunia.
8. Hanoi, Vietnam
Pelawat ke bandar ini akan menemui banyak artifak menarik yang mempunyai hubung kait dengan sejarah negara ini.
9. Siem Reap, Kemboja
Tarikan utamanya ialah kompleks kuil purba iaitu Angkor Wat yang dipercayai dibina pada abad ke-12.
10. Shanghai, China
Walaupun kemunculan banyak pencakar langit dengan rekaan kontemporari
memikat pelancong, kota raya ini masih mengekalkan bangunan lama,
khususnya yang mempunyai nilai sejarah. -
mynewshub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan