Marjerin dan
Butter, kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Butter sedikit
tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada
marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung
pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama butter, menurut
Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.Memakan butter meningkatkan
penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Butter mempunyai banyak
faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah
nilai!
Butter lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa
makanan lain. Butter sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan
marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.
Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi
kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung
koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total
serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus).
Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia
mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan
tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.
Dan
ini ialah fakta yang paling membimbangkan. Marjerin hanya kekurangan
SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup
membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan
setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen
ditambah, mengubah struktur molekul bahan).
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh.
Dalam masa dua hari anda akan dapati 2 perkara berikut:
- Tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
- Ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?
INFO TAMBAHAN
Definisi Margarine :
A fatty solid butter substitute consisting of a blend of hydrogenated vegetable oils mixed with emulsifiers, vitamins, coloring matter, and other ingredients.
Definisi Butter :
1. A fatty solid butter substitute consisting of a blend of hydrogenated vegetable oils mixed with emulsifiers, vitamins, coloring matter, and other ingredients.
2. Any of various substances similar to butter, especially:. a. A spread made from fruit, nuts, or other foods: apple butter. b. A vegetable fat having a nearly solid consistency at ordinary temperatures.
Rujukan : The American Heritage? Dictionary of the English Language, Third Edition.
pakar how to
Tiada ulasan:
Catat Ulasan