Selasa, 22 April 2014

Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari

 
Bagaimana mahu mengekalkan fikiran positif yang sudah anda bina? Berikut adalah 5 tips bagaimana untuk menjaga fikiran positif, supaya anda boleh amalkan setiap hari.

1. Jangan Komen, Jangan Komplen, Jangan Ngomel.
Mengomen dan mengomplen pada setiap situasi, benda dan perkara adalah perbuatan buruk kerana Anda menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu. Apabila situasi berlaku di luar jangkaan atau masalah timbul tanpa disangka, jangan komen, jangan komplen, jangan mengomel sampai ke laut.
Biarkan ia seadanya, biarkan sebegitu saja. Kerana Anda juga tidak mampu untuk mengubahnya. Latih diri Anda untuk tidak mempersoalkan. Untuk menjaga fikiran positif, jangan komen, jangan komplen, jangan ngomel.



2. Berhenti Bercakap Seolah-olah Anda Tahu.
Bercakap hanya apabila Anda tahu, diam apabila Anda tidak tahu. Elakkan banyak bercakap seolah-olah Anda tahu semuanya hanya semata-mata untuk menonjolkan diri Anda, nampak hebat gitu !

Hanya orang yang rendah harga diri sahaja yang mahu membuatkan dirinya menonjol sebegitu kerana mereka kurang ada kredibiliti. Banyak bercakap kelebihan diri sendiri adalah sikap yang negatif, berpunca dari fikiran yang negatif dan diapi-apikan oleh ego. Hentikan! Supaya Anda dapat ‘maintain’ berfikiran positif. Bila bercakap, lebihkan menyokong, elakkan mengkondem!

3. Berhenti Salahkan Luaran, Salahkanlah Dalaman.
Berhenti salahkan seseorang, salahkan Tuhan, salahkan pemimpin, salahkan kawan, salahkan adik-beradik atau apa saja di luar dari diri Anda. Berhenti menyalahkan atau menuding jari pada orang lain atas apa yang berlaku.

Tips ini berkaitan dengan tips pertama tadi. Berhenti mengomen, berhenti mengomplen, berhenti menyalahkan. Salahkan dalaman iaitu diri Anda sendiri kerana tidak berinisiatif memfokuskan kepada penyelesaian. Salahkan diri Anda kerana tidak memainkan peranan.

Sebagai contoh, jika Anda dilanda masalah kewangan, salahkan diri sendiri kerana tidak bekerja kuat dan tidak bekerja dengan lebih bijak. Jika Anda wanita dan Anda perasan suami Anda tidak melayan Anda berbeza dari dulu, salahkan diri sendiri kerana tidak menjaga kecantikan dan tidak mengambil inisiatif mencantikkan lagi kecantikan sedia ada, untuk senangkan hati suami Anda.

4. Jangan Hanya Mahu Dihormati Oleh Semua, Tapi hormatilah Semua, Walau Siapapun Dia!.
Orang yang berfikiran negatif hanya mahu dihormati. Orang berfikiran positif hormat semua orang dan sikap hormat itu tidak dilakonkan, ia lahir dari hati. Setiap orang disekeliling dihormati tanpa mengira jawatan, harta dan darjat, walau orang tu makcik cleaner sahaja. Orang yang berfikiran negatif hanya mahu dihormati sebab mereka dikuasai ego. Untuk menjaga fikiran positif, belajarlah menghormati sesiapa saja. Anda akan perasan Anda makin bersemangat untuk maju ke depan.

5. Ingat Sikap-sikap Buruk Anda, Tekadlah Mengubahnya.
Jika sikap buruk Anda adalah suka bertangguh, tulis di atas kertas dengan ayat “aku mahu ubah sikap bertangguh”. Baca tulisan tu berpuluh-puluh kali sehari. Lepas tu, buat apa yang Anda tulis. Tiap kali rasa nak bertangguh, latih diri untuk tidak bertangguh. Seboleh mungkin, elak bertangguh, sebagai langkah Anda komited nak mengubah sikap suka bertangguh.

Untuk membina sikap positif, fikiran Anda kena sama dengan perbuatan dan percakapan Anda. Fikiran kena sentiasa bersangka baik, perbuatan kena dibentuk supaya menjadi baik-baik, perkataan di mulut pun kena baik. Barulah Anda dapat menjaga fikiran positif yang Anda telah bina.

Salam sayang.
 http://syuhadabaharudin.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...