Rabu, 30 April 2014

Bayern Munich Bina Masjid Kerana Franck Ribery, Mudahkan Pemain Dan Penyokong Untuk Solat

EMAKIN ramai pemain bola sepak yang beragama Islam yang mewakili kelab-kelab utama dunia diberikan layanan yang istimewa kepada mereka.

Kelab-kelab berkenaan memberi ruang kepada mereka untuk menjalani dan mengamalkan cara hidup Islam.

Bayern Munich Bina Masjid Kerana Franck Ribery, Mudahkan Pemain Dan Penyokong Untuk Solat
Bayern Munich Bina Masjid Kerana Franck Ribery, Mudahkan Pemain Dan Penyokong Untuk Solat

Antara kelab bola sepak terkemuka dunia yang bertindak demikian ialah kelab gergasi Jerman, Bayern Munich.
 


Pada tahun lepas, kelab itu bersetuju untuk menanggung 85 peratus kos pembinaan masjid dan perpustakaan Islam besar di Stadium Allianz Arena.

Sebanyak 15 peratus kos selebihnya, akan ditanggung para peminat dan pemain.

Keputusan itu diambil setelah mendapat permintaan daripada pemain utamanya, Franck Ribery bagi memudahkan pemain serta peminat beragama Islam menunaikan solat lima waktu.

Pada peringkat awal, Franck Ribery hanya meminta satu ruangan kecil bagi memudahkan beliau dan penyokong untuk menunaikan solat.

Pihak pengurusan kelab itu juga dilaporkan berusaha mencari imam untuk masjid tersebut.

Kelab bola sepak Inggeris, Newcastle United juga menyediakan tempat bagi memudahkan umat Islam menunaikan solat. 

Sumber : Harakah Daily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...