Khamis, 24 April 2014

Bekalan Ke Jannah

  
Sering kali kita berkata ingin pergi ke suatu tempat yang lebih baik setelah menjalani kehidupan yang sementara ini...sebenarnya kita bukanlah nak pergi ke tempat tu tapi kita hendak pulang ke tempat tersebut iaitu tempat asal kita...dan tempat tersebut adalah JANNAH

Sebelum itu kita bukanlah pulang dengan tangan kosong dan tempat tersebut sudah terjamin untuk kita, sebaliknya kita perlu membawa bekalan yang secukupnya...Terdapat 4 perkara yang menjadi bekalan kita untuk ke sana iaitu :
 

1) Menyembunyikan sedekah

~Seberapa banyak pun seseorang hamba Allah itu bersedekah walau hanya RM1 pun selagi kita tidak menghebahkan amalan kita Allah akan menerima dan memberi ganjaran yang besar kepada hamba tersebut. Sebesar mana pun nilai wang, ianya tidak bernilai di sisi Allah s.w.t...yang bernilai di sisi Allah adalah NIAT hamba tersebut.

2) Menyembunyikan musibah

~Setiap manusia pasti ditimpa masalah dan musibah yang berbeza-beza...masalah dan musibah tersebut merupakan dugaan yg Allah beri kpd makhluk-Nya. Jika kita meminta simpati org lain dgn menceritakan musibah yg melanda diri, itu bermakna hamba tersebut telah kehilangan rasa nikmat kerana setiap ujian yg Allah timpakan kpd kita bukanlah dugaan yg terlampau berat dan mustahil utk dilepasi dan hanya iman yg mampu mendorong seseorang hamba utk terus berusaha dan bertahan dgn dugaan yg Allah berikan sehingga berjaya...dari situ kita akan dapat merasai suatu nikmat yg x dpt digambarkan

3) Menyambungkan silaturahim

~Orang yang menyambungkan hubungan silaturahim merupakan org yg mulia kerana dia telah menjaga hubungan antara sesama manusia...menyambung silaturahim bermakna memaaf atau memohon kemaafan daripada org yg pernah bersengketa dgn kita

4) Hati, bibir dan lidahnya sentiasa terbit kalimah La Haula Wala Kuwwata Illa Billa Hil Ali Hil 'Azim

~Segala kelebihan dan bakat yg ada pada kita semua ni adalah pemberian Allah dan bukanlah hak kita yg abadi kerana pada bila2 masa je kita punya nikmat dan kelebihan yg ada ditarik balik oleh Allah dalam sekelip mata.......Oleh itu, jika mendapat pujian atau penghargaan ucapkanlah kalimah tersebut kerana hanya Allah yg berhak mendapat pujian tersebut. Jangan sekali-kali pula timbul rasa riak dan takbur di dalam hati sebab apa????seperti yg diperkatakan tadi~~sekelip mata jeee Allah boleh hilangkan segala nikmat tersebut

Oleh itu, tingkatkanlah amalan kita terutamanya di bulan Ramadhan ini untuk mendapat keberkatan di atas amalan baik yang kita lakukan. Kita x pasti sama ada kita akan berjumpa dengan Ramadhan yg akan dtg....jd manfaatkanlah peluang yg ada ini utk mengejar ganjaran di bulan keberkatan ni... so~~~ renung2kan dan selamat beramal : )
 http://ejatlegacy.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...