Isnin, 28 April 2014

Info - Stail Rambut Gaya Islamik


Kenali Stail Rambut Gaya Islamik

Kenali Stail Rambut Gaya Islamik

Kenali Stail Rambut Gaya Islamik. Orang Islam tidak dikenali dengan gaya rambut tertentu. secara idealnya orang Islam sepatutnya dikenali kerana kekemasan rambutnya. Rambutnya kemas bersikat membuatkan orang seronok melihatnya. Jika dipotong pendek, masih menyerlahkan kematangan peribadinya. Jika dibiarkan panjang, masih kelihatan kemas dan menawan.


Banyak hadis yang merakamkan gaya rambut Rasulullah. Anas menceritakan bahawa secara semulajadinya rambut Rasulullah tidak lurus dan tidak juga kerinting. Rasulullah sentiasa mengenakan rambutnya dengan minyak. Riwayat al-Tirmizi, Baginda suka menyikat rambutnya, sampaikan rambut Rasulullah sering disikat oleh isteri-isteri Baginda sendiri.

Ada ketikanya Rasulullah berambut pendek dan bercukur. Ada ketikanya rambut Rasulullah panjangnya sampai ke paras telinga. Kadang-kadang melepasi telinga tetapi tidak mencecah bahu (sebagaimana riwayat al-Bukhari) dan ada masanya rambut Baginda sampai mencecah bahu.

Ini menunjukkan Islam memberi keluasan dalam hal menggayakan rambut. Apa yang penting adalah kemas di samping bukan dengan gaya al-qaza’ dan tasyabbuh. Baginda juga pernah memintal rambutnya sebagaimana Ummu Hani menceritakan bahawa Rasulullah tiba di makkah dengan rambutnya ada empat pintalan.

Riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud menurut ulama, hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah begitu menjaga kekemasan rambutnya walaupun dalam pengembaraan yang tidak menentu keadaannya. Namun ada juga orang berambut panjang memandai-mandai mendakwa mengikut sunnah sedangkan rambutnya berserabut macam rumpai laut kering. harus diingat walaupun Rasulullah berambut panjang, masih terserlah gaya maskulin dengan berjanggut rapi.
 Ayuh Kenali Stail Rambut Gaya Islamik.
http://www.cikguazli.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...