Baking soda adalah bahan yang kerap
digunakan dalam masakan terutamanya kek dan kuih muih dalam meringankan
tekstur. Namun tahukah anda bahan masakan ini sebenarnya mempunyai
banyak kegunaan dalam kecantikan ?
1. Deodorant
Campur baking soda dengan sedikit air , ia akan membentuk satu pes lembap. Sapukan di bahagian bawah lengan.
2. Mencegah Kelemumur
Campur sedikit baking soda dalam syampu dan gunakan seperti biasa. Kaedah ini jaga akan memberi volume pada rambut.
3. Dry shampoo
Tak perlu membazir beli syampu kering, tabur sedikit baking soda pada akar rambut dan ratakan.
4. Jerawat
Campur baking soda dengan madu dan letakkan pada jerawat selama 15 minit, kemudian bilas.
5. Putihkan gigi
i) Campurkan 1 sudu makan baking soda dan 5 titik hydrogen
peroxide hingga menjadi satu pes. Tambah beberapa titik air jika perlu.
Sapukan solusi ini ke gigi anda dengan rata menggunakan berus gigi dan
biarkan selama 5 minit
Gosok gigi seperti biasa dengan menggunakan ubat gigi.
ii) Campur baking soda , strawberry, dan jus lemon . Gunakan pes untuk menggosok gigi.
6. Eksfloitasi kulit
Campur dengan sedikit air di tapak
tangan anda dan gosok pada muka untuk menanggalkan sel kulit mati.
Boleh juga dicampur dengan pembersih muka anda.
7. Mengatasi nafas berbau
Masukkan 1 sudu kecil baking soda dalam setengah gelas air dan kumur.
8. Membersih alat kecantikan
Sikat anda boleh dikotori dengan minyak pada rambut. Cuci sikat dengan air suam bercampur dengan 3 sudu makan soda.
9. Manicure Pedicure
Campur dengan peroxide dan skrub pada
kuku. Untuk kaki, campur 2-3 sudu makan dengan air untuk merendm kaki .
Anda boleh tambah minyak pati (seperti minyak lavender) untuk haruman
dan rendam selama 20 minit. Skrub kaki menggunakan pes pekat campuran
baking soda dan air.
10 . Mencerahkan kulit
Campur dengan 1 sudu makan jus lemon dan
beberapa titik minyak zaitun. Selepas membersihkan muka, sapu pes pada
muka dan biar selama 10 minit. Bilas.
http://www.wanista.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan