Berita Terkini Pesawat MH192 MAS :
Kronologi Tayar Kapal Terbang MH192 Meletup. Punca? : Sekitar awal pagi
tadi, Berita Semasa dimaklumkan yang mana tayar pesawat MH192 MAS bagi
penerbangan KLIA to Bangalore yang membawa 166 orang (159 penumpang
MH192 dan 7 anak kapal terbang MH192 MAS) telah meletup dan mengalami
kerosakan gear kanan pesawat semasa berlepas sekitar pukul 10:09 malam
20 April 2014 sehingga telah menimbulkan masalah mendarat semula di KLIA tanpa satu daripada “landing gear” pesawat MH192 MAS.
Semakan Berita Semasa semasa detik-detik cemas kejadian melalui kemudahan aplikasi di FLightRadar24, boleh saksikan pesawat MH192 MAS kelihatan berlegar-legar an berpusing beberapa kali di sekitar kawasan perairan berdekatan Pelabuhan Klang.
Gambar Berita Terkini Pesawat MH192 MAS : Kronologi Tayar Kapal Terbang MH192 Meletup!
Inilah gambaran yang sempat Berita Semasa rakam bermula sekitar pukul 12:36 pagi tadi selepas 2 jam pesawat MH192 berlepas….
Berita Semasa difahamkan, kapten pesawat
MH192 MAS telah bertindak untuk berlegar-legar di ruang selat Melaka
untuk terus membakar dan mengurangkan kapasiti minyak pesawat MH192 MAS.
Untuk apa? Sebenarnya untuk mengurangkan risiko kebakaran dan letupan akibat pergeseran dengan apa yang dipanggil istilah “tarmac” landasan akibat ketiadaan tayar.
Semasa kejadian awal pagi, Berita Semasa
hanya doakan yang terbaik kepada kapal terbang MH192 MAS. Rakyat
Malaysia tidak larat & snaggup lagi untuk menghadapi satu lagi nahas
dan tragedi penerbangan Malaysia Airlines selepas tragedi MH370.
Dan sekitar pukul 1:30 pagi tadi, Berita
Semasa perhatikan pesawat MH192 sudah mula menukar haluannya seperti
menghala ke arah KLIA. Adakah mungkin bersedia untuk mendarat semula?
Sebenarnya juruterbang pesawat MH192
MAS tidak sedar perkara ini sehinggalah KLIA yang menghantar notis
selepas mengesan debris di landasan
Kronologi Berita Terkini Pesawat MH192 MAS. Tayar Kapal Terbang MH192 Meletup
- Pada pukul 10:09 malam : Penerbangan Pesawat Malaysia Airlines MH192 MAS telah berlepas. Kapten dimaklumkan tayar pesawat MH192 MAS telah pecah
- Pada pukul 10:25 malam : Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur memaklumkan kepada kapten pesawat MH192 MAS tentang penemuan serpihan tayar di landasan kapal terbang dan serta merta menghubungi OCC
- Pada pukul 1:35 pagi : Malaysia Airlines (MAS) menjangkakan kapal terbang MH192 MAS akan melakukan pendaratan cemas pada pukul 2 pagi
- Pada pukul 1:40 pagi : Pesawat MH192 MAS berada pada ketinggian 1075 kaki
- Pada pukul 1:44 pagi : Secara tiba-tiba pesawat MH192 MAS Malaysia Airlines kelihatan berada pada ketinggian lebih 2000 kaki selepas berada pada ketinggian 500 kaki sahaja sebelum ini
- Pada pukul 1:47 pagi : Kapal terbang MH192 MAS dilihat melakukan pusingan semula sebagai cubaan kali kedua untuk mendarat
- Pada pukul 1:53 pagi : Kapal terbang MH192 MAS dikesan berada di sekitar kampung Nipah Port Dickson Negeri Sembilan
- Pada pukul 1:56 pagi : Alhamdulillah, sah pesawat MH192 MAS telah mendarat dengan selamat di Runaway 32L. Tahniah kepada kapten pesawat MH192 MAS, krew kapal dan juga penumpang yang terus cekal menghadapi ujian besar seperti ini. Nice landing.
Sebenarnya juruterbang pesawat Mh192 MAS Malaysia Airlines tidak sedar perkara ini sehinggalah KLIA yang menghantar notis selepas mengesan debris di landasan KLIA.
Semua 159 penumpang dan 7 anak kapal di
atas kapal terbang MH192 MAS telah diarahkan keluar dari pesawat MH192
MAS dan kapal terbang MH192 MAS akan akan dijadualkan berlepas semula
dari KLIA pada pukul 3.30 petang pada 21 April 2014 ini.
berita semasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan