Kenapa
kita gagal? Salah satu sebab kerana kita meletakkan harapan kepada
manusia dan tidak pada Allah. Kita sering gagal kerana kita menagih
kasih manusia mengatasi kasih dan kecintaan kita kepada Allah.
Dek kerana itu kita sering bertemu
dengan kekecewaan silih berganti.Punca kekecewaan kerana kasih sayang
itu diharapkan dari yang bergelar makhluk. Contoh seseorang yang amat
menyintai seseorang apabila ditinggalkan maka dia kecewa.merana putus
asa dan pelbagai lagi kesan negatif memberi kesan pada dirinya.Padahal
jika dia meletakkan kasih sayang kepada makhluk itu kerana Allah maka
dia tidak akan kecewa dan putus asa. Kerana apa? Kerana hakikatnya cinta
kepada makhluk itu tidak kekal.Makhluk itu banyak kelemahan.
Oleh itu bagi pembaca yang saat ini amat kecewa,harapan musnah,putus asa
dan sebagainya, cuba tanya diri sendiri sejauh mana anda kasih dan
cinta kepada Allah. Sejauh mana keyakinan dan rasa kebergantungan anda
kepadaNya.Jika anda berjaya meletakkan cinta dan kasih kepada Allah
mengatasi segalanya maka tiada istilah gagal dalam percintaan sesama
makhluk.Percayalah Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Wallahuaalam
travelogempayarjiwa.blogspot.
=)
BalasPadam