12 Golongan Perempuan Yang Masih Membujang
12 Golongan Perempuan Yang Masih Membujang | Bujang dalam
bahasa lain ‘Single’ adalah satu status yang mana seseorang lelaki
mahupun perempuan tidak mempunyai pasangan kekasih ataupun tunang atau
pasangan hidup. Mesti ada antara daripada kita yang masih single bukan..
Nak tahu tak perempuan jenis mana yang masih bujang?? jom kita baca
bersama GK..
1. Pencari Teman Hidup
Perempuan jenis ini percaya bahawa setiap orang memiliki belaian jiwa
dan ia akan melakukan apa saja untuk bertemu jejaka pilihannya.
Sayangnya, kadang-kadang mereka terlalu fokus untuk mencari jejaka yang
tepat sehingga menyebabkan para jejaka lain terpaksa menunggu untuknya.
2. Bangkit Semula
Mereka yang baru saja mengakhiri hubungan yang menyakitkan akan
melakukan apa saja yang boleh dilakukan untuk bangkit dari hubungan
terdahulu dan menjadi lebih baik. Mereka tidak menyesali apa yang
terjadi dan berusaha mengambil hikmah dari semua peristiwa yang terjadi.
3. Tak Peduli
Perempuan seperti ini lebih suka membiarkan hidupnya berlalu begitu
saja. Dia lebih suka hidup sendiri daripada memburu lelaki dengan
berbagai cara. Bila akhirnya dia bertemu jodoh, hal itu hanya akan
terjadi secara kebetulan.
4. Menunggu
Mereka percaya dengan kisah-kisah dongeng, di mana para perempuan
menunggu untuk “diselamatkan” oleh seorang putera. Perempuan macam ini
yakin dimana pada suatu saat akan ada lelaki yang mampu mengambilnya dan
mereka memilih menunggu kehadiran jejaka tersebut.
5. Bebanan Kahwin
Seumur hidupnya, dia memuaskan keinginan dirinya untuk meraih
kepuasan, sama ada dalam karier, pergaulan, mahupun pencapaian lainnya.
Ketika akhirnya mereka berasa sudah sampai waktunya mencari calon suami,
mereka akan menghentikan sahaja segala aktiviti yang menjadi
keutamaannya.
6. Bebas
Perempuan pada kategori ini selalu khuatir disebabkan mereka harus
memilih antara hidup sendiri dan berkomitmen. Biasanya, mereka akan
memilih hidup sendiri, tetapi bebas menentukan arah hidupnya.
7. Ingin berkahwin
Perempuan ini biasanya akan berkhayal tentang suatu pernikahan
setelah seumur hidupnya tidak memikirkan konsep pernikahan. Hal ini
biasanya didorong oleh suatu peristiwa besar yang membuka fikirannya
bahawa sesuatu yang diyakininya ternyata tidak tepat.
8. Pembelot
Perempuan yang tak lagi ingin hidup dengan cara yang sama yang
dijalani komunitinya meskipun dulunya dia juga mengamalkan gaya hidup
tersebut. Dia ingin menemui cara yang sesuai dengan pilihan hatinya
meskipun itu bererti dia harus meninggalkan kawan-kawannya.
9. Ingin Perbezaan
Perempuan yang ingin berkahwin, tetapi juga merasakan kekuatan untuk
menjalani suatu pernikahan yang tidak konvensional. Perbezaann itu
biasanya bermula sejak penentuan konsep pernikahannya.
10. Menjadi ibu
Perempuan jenis ini selalu berfikir, suatu ketika nanti dia pasti
akan menjadi seorang ibu. Namun, dia berharap tidak ada orang lain yang
mendesaknya agar segera merealisasikan harapannya itu. Bahkan,
kadang-kadang dia sebenarnya akan berasa tidak patut berkahwin untuk
mempunyai anak.
11. Lambat dan mantap
Perempuan jenis ini, mungkin juga seperti kebanyakan perempuan
lainnya, berharap berkahwin pada waktu yang tepat. Sementara itu, dia
akan berusaha sekuat tenaganya untuk tidak menghiraukan segala desakan
atau tekanan dari kawan-kawan atau keluarganya untuk segera berkahwin.
12. Perintis
Perempuan jenis ini berasa kehidupan pernikahan tidak sesuai
untuknya. Maka, dia akan cuba mencari cara baru untuk mendapatkan
kebahagiaan.
Kawan anda yang mana satu?? Anda yang mana satu?? haaa…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan