3 Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Menghadapi Kemurungan
| Masyarakat hari ini rata-ratanya kerap mengalami tekanan disebabkan
oleh pengingkatan taraf kehidupan manusia yang semakin berkembang dan
seterusnya menyumbang ke arah kemurungan. Kajian terbaru menunjukkan
bahawa memakan makan tertentu dapat meningkatkan kebarangkalian
terjadinya kemurungan atau memburukkan lagi kemurungan yang sedia ada.
Elakkan mengambil 3 jenis makanan berikut dengan kerap bagi megelakkan
kemurungan:
Bijirin Halus
Pasta dan beras putih adalah makanan
yang telah dikenalpasti sebagai penyebab keradangan dan berkait rapat
dengan kemurungan dalam kalangan wanita. Para pengkaji telah menemui
bahawa mereka yang memakan makanan yang beradang dengan kerap adalah
lebih cenderung untuk menghidapi kemurungan pada akhir kajian.
Minuman Ringan
Pengambilan minuman ringan walaupun setin soft drink (soda )
setiap hari akan menyebabkan kemurungan, selain daripada masalah
kesihatan yang lain termasuklah meningkatkan peluang untuk mendapat
serangan angin ahmar dan intoleransi insulin serta kencing manis.
Makanan Segera
Individu yang memakan makanan segera
adalah 51% lebih tinggi kebarangkalian untuk membentuk kemurungan dari
mereka yang tidak mengambil makan segera menurut kajian pada tahun 2012
dalam Jurnal Nutrisi Kesihatan Awam. Ini termasuklah roti yang
dikomersialkan, burger, hot dog dan pizza, menurut para pengkaji.
Kadangkala pasta boleh menjadi menu
hidangan yang mudah dan pantas, namun tidak begitu menyihatkan jika
dinikmati 3 hingga 4 kali seminggu. Soda pula mengandungi
kalori yang palsu dan bahan ramuan yang tidak menyihatkan jika diambil
secara kerap, jadi air kosong dan teh adalah pilihan yang lebih baik.
Ramai orang yang gemar mengambil makanan
segera, tetapi jika pengambilan yang kerap dan berterusan, ia bukan
sahaja akan menyebabkan kemurungan malah masalah kesihatan lain seperti
obesiti dan darah tinggi. Belajarlah untuk makan secara perlahan dan
menikmati sepenuhnya makan sebenar. Dengan berbuat begitu, anda mungkin
dapat mengelakkan terjadinya kemurungan apabila makan secara teratur.
Pendekatan secara bijaksana ke arah gaya
hidup sihat termasuklah pilihan makanan yang baik untuk hidangan utama.
Ini bermakna, tidak salah untuk sekali-sekala menikmati hidangan
makanan yang kurang menyihatkan, akan tetapi jika dimakan secara kerap
dan berterusan akan menggalakkan peluang untuk membentuk kemurungan.
Makan secara betul dan kerapkan bersenam untuk badan dan minda bagi
kehidupan yang lebih sihat dan cergas.
Erhem, bagi Zyra kesemua makanan di atas lah yang sangat dicari ketika sedang bermuram durja, setuju tak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan