Laksa Baba & Nyonya ini menggunakan bihun dan menariknya kerana mempunyai gabungan rasa pedas, masam, masin dan manis.
 
 
Bahan-bahan:
250gm mihun | dicelur
400gm ikan kembong | direbus dan diambil isinya
200gm isi ayam
5 biji bawang merah
1 batang bunga kantan | dipotong
300ml santan segar
2 keping asam keping
300ml air rebusan ikan
Garam secukup rasa
 
 
Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm lengkuas
1cm halia
2 batang serai
10 biji cili padi
6 tangkai cili kering
Belacan secukupnya
 
 
Bahan Hiasan:
20gm kacang panjang | dipotong
20gm bawang goreng
2 biji telur rebus | dibelah dua
2 biji limau nipis
Cili merah secukupnya | dihiris
 
 
Cara Membuat:
  • Didihkan air rebusan ikan dan masukkan bahan kisar, asam keping dan bunga kantan. Kacau rata.
  • Kemudian masukkan isi ikan, isi ayam dan santan. Didihkan sehingga kuah menjadi hampir pekat. Perasakan.
  • Akhir sekali, masukkan mihun ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa tadi.
  • Hiaskan dengan bahan hiasan. Sedia untuk dimakan.
mingguan wanita