InshaaAllah hari ini nak berbincang pasal Kufur.Kufur merupakan salah
satu perkara yang boleh menyebabkan Aqidah seseorang tidak
sah.InshaaAllah sesama memperbaiki diri.Memuhasabah diri kerana diri ini
tidak terlepas daripada melakukan Doa.Ingat akan satu hadis Rasulullah
S.A.W:
"Setiap anak Adam pasti melakukan kesalahan,Dan pesalah yang paling baik adalah mereka yang bertaubat"
Kufur bermaksud rasa tidak percaya akan Allah dan ajaran yang telah
diperintahkan oleh Allah adalah cara yang berkesan dalam kehidupan
seseorang.Mereka yang mempunyai perasaan sebegini menyimpang jauh
daripada jalan yang sebenarnya.Bercakap pasal kufur,secara umumnya ianya
boleh terjadi dalam banyak sitausi antara kufur dalam kepercayaan
kita,kufur dari segi perbuatan dan kufur dalam percakapan.Kufur juga
terbahagi kepada dua iaitu minor kufur(Kufur kecil) dan Major
kufur(Kufur besar).
MINOR KUFUR(KUFUR KECIL)
-Kufur kecil bermakna kufur dengan nikmat-nikmat yang Allah
kurniakan.Dalam hidup ini pelbagai nikmat yang telah Allah kurniakan
kepada kita semua.Kekadang disebabkan tiada rasa syukur dengan nikmat
tersebut ianya boleh membaca kepada kufur.Sebagai contoh,Allah telah
mengurniakan kita dengan sifat-sifat yang lengkap.Kita mempunyai 2
pasang mata,satu mulut dan satu hidung.Tiada sebarang cacat
celanya.Tetapi disebabkan kekufuran itu sesetengah orang sanggup
mengubah nikmat Allah ini dengan melakukan pembedahan plastik untuk
kelihatan lebih cantik.Ini merupakan salah satu contoh kufur kecil.
MAJOR KUFUR(KUFUR BESAR)
Dalam major kufur kita boleh pecahkannya kepada 13 jenis.Kufur inilah
yang paling bahaya sehingga lari daripada Aqidah yang benar.
1] KUFUR AL-INAD
-Ianya membawa maksud kekufuran disebabkan kedegilan yang ada dalam
diri.Kufur ini merujuk kepada seseorang yang tahu sesuatu kebenaran itu
dan mengaku mengetahuinya dengan lidah tetapi dalam hati menolak
segalanya.Sebagai contoh,Seseorang yang mengetahui dan mengakui solat
adalah perkara yang wajib dilakukanya tetapi dalam hati mereka menolak
dan tidak menunaikan solat sebagaimana diperintahkan.
2] KUFUR AL-INGKAR
-Kufur ini lebih merujuk dengan orang yang bukan islam.Ianya bermaksud
kekufuran disebabkan penafian.Mereka menafikan setiap apa yang
diperintahkan oleh Yang Maha Esa.Mereka juga bukan sahaja tidak mengakui
dengan lidah tetapi hati mereka juga menolak kekeras-kerasnya.Contoh
yang paling mudah ialah Firaun.Firaun sebenarnya mengetahui kewujudan
Allah dan mengetahui Allah lah yang mencipta segala-galanya.Tetapi
disebabkan kekufuran itu dia mengakui dialah Tuhan dan menafikan Allah
sebagai Tuhan sekalian alam.
3] KUFUR AL-KIBR
-Kekufuran disebabkan rasa bangga dan kesombongan.Bilamana merasakan
diri sendiri lebih baik dan sempurna.Contohnya yang paling mudah,kisah
Iblis bilamana Allah memerintahkan iblis sujud kepada Nabi Adam.Disebab
kesombongan iblis dia menolak untuk sujud kepada Nabi Adam a.s.Iblis
berkata: "Aku diciptakan daripada Api dan Adam hanya diciptakan daripada
tanah.Aku lebih mulia daripadanya.Mengapa aku perlu sujud
kepadanya?".Bertapa sombong Iblis.
4] KUFUR AL-JUHUD
-Kekufuran disebabkan penolakan.Ianya merujuk kepada seseorang yang tahu
kebanaran dalam hati tetapi menolak dengan lidah
mereka.Contohnya,melalui kisah Abu Thalib.Bapa saudara Nabi saw.Dia
mengetahui bahaya ajaran Islam disampaikan oleh Rasulullah adalah benar
tetapi menolak kerana terbiasa dengan anak nenek moyang.Sehinggakan di
akhir hayatnya,dia tetap tidak mahu untuk menerima Islam.
5] KUFUR AL-NIFAQ
-Kekufuran disebab oleh sikap hipokrit.Merujuk kepada seseorang yang
luarannya menzahirkan keislaman tetapi di dalam hati tidak percaya
dengan islam.Seseorang yang ada sikap sebegini dipanggil
munafik.Contohnya,seseorang yang menasihatkan orang lain untuk melakukan
benda baik contohnya sembahyang tetapi dalam hati mereka menolak dan
tidak sembahyang.
6] KUFUR AL-ISTIHLAL
-Kekufuran disebabkan bukan untuk menjadikan seseuatu yang haram menjadi
halal.Benda yang haram yang jelas-jelas dikatakan oleh Allah haram
contohnya arak.Tetapi mereka cuba untuk menghalalkan arak
itu.Contohnya,kumpulan Blackmetal mereka menghalalkan arak untuk diminum
tetapi hakikatnya adalah Haram.
7] KUFUR AL-KURH
-Kekufuran disebabkan membenci arahan yang ditetapkan Allah.Contohnya
yang mudah,mengenai konsep poligami.Allah telah menyatakan lelaki
dibolehkan untuk berkahwin 4.Kufur ini terjadi bilamana seorang
perempuan membenci dan menolak konsep poligami ini.Mungkin susah untuk
diterima tapi janganlah membenci dan menolak kerana boleh dikategorikan
sebagai kufur al-kurh.
8] KUFUR AL-ISTIHZA'
-Kekufuran disebabkan mempermainkan sesuatu hukum.Dalam erti kata lain
mengejek-ejek.Contohnya,mereka yang makan di depan khalayak ramai
sewaktu bulan Ramadhan.Tindakkan mereka ini seolah-olah mempermainkan
hukum Allah.Contoh yang lain,mengenai menutup aurat.Seorang wanita yang
memakai tudung tetapi dalam masa yang sama memakai pakaian yang mencolok
mata sehingga menampakkan bentuk tubuh badan mereka.
9] KUFUR AL-I'RAD
-Kekufuran disebabkan pengelakkan(mengelakkan diri).Contoh,seseorang
islam yang tidak tahu mengenai agama seperti cara nak sembahyang tetapi
mengelak untuk mempelajarinya.Sebegitu juga dengan muallaf yang baru
masuk islam tetapi mengelak untuk mendalami Islam.
10] KUFUR AL-ISTIBDAL
-Kekufuran disebabkan cuba untuk mengganti undang-undang Allah.Ianya
boleh berpecah kepada tiga iaitu yang pertama menolak hukum Allah tetapi
tidak menafikannya.Kedua Menolak dan menafikan hukum Allah.Dan yang
ketiga menggantikan hukum Allah dengan undang-undang dibuat oleh
manusia.
11] TAKZIB
-Merujuk kepada mereka yang menafikan kebenaran.Contohnya,tidak percaya adanya syurga dan neraka.
12] AL-SHAQQ/AL-ZANN
-Seseorang yang mempunyai sifat ragu-ragu.Contohnya ragu-ragu akan tibanya hari kiamat yang dijanjikan oleh Allah swt.
13]KUFUR AL-RIDDAH
-Kufur disebabkan keluar daripada Islam.Contohnya,kes Lina Joy yang
mengistiharkan dirinya keluar daripada Islam untuk bersama dengan agama
kristian.
duniakita94.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan