Khamis, 24 April 2014

Kenali Jenis Coffee Yang Unik Di Asia


http://img.21food.com/20110609/product/1305741985140.jpg 
"Big Train Blended Ice Coffee"
 

5 Jenis Coffee Yang Unik Di Asia

You all suka minum coffee tak? Mesti ramai yang sukakan. Kalau tanya kita, kita lebih suka tea dari coffee. Cuma kalau blended ice coffee memang tak tolak punya.  Dan bila bercakap pasal coffee ni, pelbagai perisa yang ada diseluruh dunia.  Semuanya unik dan ada rasa tersendiri.
 

 
"Coffee Egg" Dari Vietnam
Vietnam terkenal dengan "Coffee Egg". Unik nya coffee ni adalah kerana toppingnya dibuat daripada gabungan kuning telur dan susu pekat yang dipukul bersama. Sebelum coffee dituang ke dalam cawan, toppingnya disediakan terlebih dahulu. Kemudiannya Coffee akan dituang ke dalam cawan menyebabkan toppingnya yang sangat berkrim dan manis terapung. Coffee Egg ini selalu dijadikan sebagai pencuci mulut.

 
"White Cofee" Dari Malaysia

Malaysian's Old Town "White Cofee" adalah istilah yang sama sekali tidak ada kaitan dengan warna coffee, tetapi sebenarnya merujuk kepada cara unik penyediaan coffee tersebut. Secawan Oldtown White Coffee adalah gabungan 3 jenis biji kopi premium (biji kopi Arabica, Robusta dan Liberica ) yang telah dipanggang dengan sempurna dan disediakan mengikut kaedah "White Coffee" yang asal. Proses yang tidak berubah hingga ke hari ini. Proses yang unik inilah yang menyebabkan tekstur dan aroma "Oldtown White Coffee" tiada tandingan.
  
"Ice Coffee" Dari Thailand

"Ice Coffee" dari Thailand, juga dikenali sebagai Oliang. Unik nya coffee ni adalah kerana ia menggabungkan kopi dengan jagung, bijan dan juga kacang soya. Rasanya sangat lazat. Oliang berasal dari dua perkataan. O, yang bermaksud "hitam" dan Liang, yang bermaksud "sejuk " dalam dialek Teochew, bahasa utama yang dituturkan oleh Thai Cina. "Ice Coffee" ni sering dihidangkan dengan susu pekat atau cair dan juga sirap manis.
"South Indian Filter Coffee" Dari India

Uniknya "South Indian Filter Coffee" Dari India adalah kerana cara penyediaan dan hidangannya. Ia di sediakan  dari coffee terbaik yang dipanggang dan dihidangkan bersama-sama dengan "dabarah". Piring tinggi yang digunakan untuk menyejukkan kopi tersebut. Selepas ianya disejukkan coffee tersebut dituang semula ke dalam gelas. Aromanya lebih terasa berbanding diminum terus dari dabarah.
 
 
"Coffee luwak" Dari Bali

"Coffee luwak" adalah dianggap sebagai salah satu kopi terbaik yang disediakan. Uniknya Kopi Luwak ni adalah kerana ianya menggunakan biji kopi yang diambil dari sisa kotoran luwak/musang kelapa. Biji kopi ini dipercayai memiliki rasa yang berbeza setelah ianya dimakan dan dicernakan oleh luwak. Kemasyhuran coffee ini di Asia Tenggara telah lama diketahui, namun ianya menjadi terkenal bermula dari tahun 1980-an. Biji kopi luwak adalah yang termahal di dunia. Ianya boleh mencapai USD100 per 450 gram.
blog santai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...