Selasa, 29 April 2014

Info - Kebaikan Coklat Ketika Mengandung

 
Coklat bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-kanak bahkan ada orang dewasa yang menggilai coklat. Mungkin bagi yang sedang berdiet, coklat tidak dibenarkan sama sekali dalam senarai menu mereka. Bagaimana pula jika si ibu hamil kemaruk makan coklat sepanjang kehamilannya? Adakah ia selamat?

Selain sedap dinikmati, rupanya ada kebaikan yang boleh diperoleh jika anda gemar makan coklat. Antaranya coklat dikatakan boleh mencegah kanser, meningkatkan ghairah seksual dan boleh membuatkan si pemakan berasa ceria dan bahagia. Coklat juga sangat digalakkan kepada ibu hamil atas seba-sebab berikut:


  1. Coklat pahit atau dark chocolate dikatakan mampu mencegah pra eklampsia semasa mengandung. Ia merupakan salah satu penyakit paling berbahaya dalam kalangan ibu hamil. Kandungan theobromine dalam koko bertanggungjawab mengelakkan serangan penyakit tersebut. Wanita hamil yang makan coklat setiap hari terbukti bebas daripada serangan pra eklampsia sebanyak 50 peratus.
 
  1. Melancarkan pengaliran darah. Theobromine yang ada dalam koko membantu meluaskan pembuluh darah yang sekaligus melancarkan pengaliran darah ibu hamil.
 
  1. Membangkitkan rasa ceria. Kajian dijalankan oleh para saintis barat mendapati ibu mengandung yang kerap mengunyah coklat terbukti melahirkan bayi yang lebih sihat dan ceria.
 
  1. Mengandungi antioksidan. Kudapan manis ini kaya dengan flavonoid yang mengandungi antioksidan yang boleh menguatkan sistem imunisasi bayi dan ibu.
 
Mengelakkan penyakit jantung. Coklat pahiit memiliki antioksidan yang bagus untuk menjaga kesihatan jantung ibu dan si comel.
pama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...